Hi! Welcome Back and Stay Tune! China arah umat Islam serah Al-Quran dan sejadah jika tidak mahu dihukum - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

China arah umat Islam serah Al-Quran dan sejadah jika tidak mahu dihukum

Imam Di Palembang Warisi Al- Quran Bersalut Emas

Pihak berkuasa China mengarahkan umat Islam di negara itu untuk menyerahkan sejadah dan salinan Al-Quran milik mereka atau berhadapan dengan hukuman.

Pegawai di Wilayah Xinjiang telah memberi amaran kepada anggota minoriti etnik Uighur bahawa mereka mesti menyerahkan barang-barang keagamaan atas “hukuman berat” bakal menimpa, dakwa seorang pemimpin etnik itu yang kini berada dalam buangan.

“Kami menerima pemberitahuan mengatakan bahawa setiap etnik Uighur mesti menyerahkan barang-barang yang berkaitan dengan Islam dari rumah mereka, termasuk Quran, buku doa dan apa saja yang mengandungi simbol agama,” kata Dilxat Raxit dari Kongres Dunia Uighur kepada Radio Free Asia (RFA), yang dikendalikan oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Arahan itu juga terpakai bagi etnik Kazakh dan Kyrgyz, kata RFA. Arahan berkenaan dikatakan diumum melalui rangkaian sosial WeChat.

Sebelum ini, Amnesty International ketika melaporkan perkembangan mengenai China pada 2016 dan 2017 berkata, kerajaan komunis Beijing “terus melanggar hak kebebasan beragama dan menentang semua perhimpunan agama yang tidak dibenarkan” di wilayah itu serta menahan penulis Uighur.

Ketegangan antara etnik Uighur dan Han Cina bermula pada tahun 2009 sehingga membawa kepada keganasan yang menyebabkan banyak kematian.

Beratus-ratus orang meninggal dunia dalam konflik yang berlarutan antara pemisah dan pemerintah China di Wilayah Autonomi Xinjiang Uighur.

Beijing meletakan punca masalah kepada militan Islam, walaupun organisasi hak asasi mengatakan keganasan adalah reaksi terhadap dasar China yang menindas.

Pemberontak mendakwa rantau itu telah diduduki secara haram oleh kerajaan komunis China sejak tahun 1949.

 

Sumber: MYNEWSHUB



Sumber China arah umat Islam serah Al-Quran dan sejadah jika tidak mahu dihukum

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x57qGC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.