Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengalaman berharga Arjin Uppal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengalaman berharga Arjin Uppal

KASHMIR, India diketahui sejak  dahulu adalah wilayah bergolak  hingga dipecahkan di bawah tiga pentadbiran.

Kelebihan Kashmir yang memiliki muka bumi subur membuatkan dua negara, Pakistan dan India terus mempertahankan hak ke atas wilayah itu.

Pemandangan yang cantik dengan cuaca dingin turut menjadikan Kashmir antara lokasi tarikan pelancong, namun tidak ramai yang berani pertaruh nyawa ke lokasi itu.

Bagaimanapun kedatangan pemilik syarikat produksi White Merpati Entertainment, S Baldev Singh pada penghujung 2015 mencetuskan idea buat menghasilkan filem yang berlatarbelakangkan wilayah Kashmir.

Jelas anaknya yang juga pengarah, Arjin Uppal, bapanya mencadangkan menghasilkan sebuah filem.

“Saya terus bersetuju dan terfikir mengapa tidak hasilkan filem di sana walaupun produksi luar termasuk dari Hollywood dan Bollywood sendiri tidak berani menjalani penggambaran biarpun ada ketikanya mereka menggambarkan berada di Kashmir.

Bagaimanapun, dia tidak terburu-buru menghasilkan filem, sebaliknya memikirkan sesuatu yang berbaloi dan boleh mendatangkan keuntungan kepada Malaysia dan India.

Selepas itu dia menulis I’m Not A Terrorist dan seterusnya ‘memburu’ pelakon dari India dan Malaysia untuk menjayakan filem ini.

Ketika penggambaran, Arjin menyifatkan pengalaman berkenaan  berharga malah mereka turut berdepan situasi tembak menembak.

“Penduduk di sana juga amat menghargai penghasilan filem dan mereka sentiasa berkerumun di set untuk menyaksikan penggambaran.

Arjin juga mengakui bertuah apabila kawasan penggambaran diisytiharkan darurat selama dua minggu selepas itu.

Ditanya pengalamannya bekerja dengan nama besar seperti Farida Jalal, Gulshan Grover, Rahul Dev, Arjin berkata, dia berpegang pada satu prinsip sejak awal penglibatannya dalam pengarahan.

“Bagaimanapun sepanjang penggambaran saya tidak berdepan sebarang masalah kerana saya memahami bahasa Hindi, boleh berbahasa Melayu dan Inggeris yang secara tidak langsung memudahkan urusan komunikasi.

“Malah ke semua pelakon memberi kerjasama baik, biarpun mereka bintang terkenal Bollywood,” katanya.

Selain bintang Bollywood, filem ini turut dibintangi  Afiq Muiz, Chacha Maembong, Khir Mohd Noor dan Betty Benafe.

I’m Not A Terrorist  mengisahkan dua insan iatu Dayana dari Malaysia dan Ummar berasal dari Kashmir, India. Mereka telah lama berkawan kemudian bercinta sejak menuntut di universiti.

Ummar dihantar ibunya ke  Malaysia dan tinggal bersama dengan ibu saudaranya sejak 15 tahun dahulu. Selepas tamat pengajian, Ummaruntuk pulang ke kampung ibunya.

Namun tanpa disangka, Dayana turut mengikut Ummar pulang ke kampung biarpun dihalang Ummar pada awalnya.

Bagaimanapun semasa di Kashmir, sebuah cerita lama mula terbuka sehingga menyebabkan nyawa keduanya terancam.

The post Pengalaman berharga Arjin Uppal appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xGeIW1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.