Hi! Welcome Back and Stay Tune! Terharu! Wanita Ini Menerima 25 Anak Patung Berhijab 'Handmade' Dari Jirannya Yang Sangat Prihatin Walau Berlainan Agama.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Terharu! Wanita Ini Menerima 25 Anak Patung Berhijab 'Handmade' Dari Jirannya Yang Sangat Prihatin Walau Berlainan Agama..


Seorang ibu dari Kanada mendapat satu pengalaman yang mengharukan dalam hidupnya apabila menerima sebuah kotak yang dipenuhi 25 anak patung buatan tangan dengan sepucuk surat.


Kesemua anak patung ini bukan sahaja cantik dan mempunyai rekaan yang unik tetap setiap anak patung tersebut juga memakai tudung!


Surat tersebut berbunyi:

Hai Sheza,
Saya tahu anak patung yang memakai hijab sangat sukar untuk dijumpai, jadi saya telah membuat 25 anak patung yang ringkas. Saya tidak tergolong dalam komuniti Muslim tetapi saya tidak tahu mahu memberikannya kepada siapa selain awak.
Untuk pengetahuan awak, anak patung ini dibuat di rumah yang mempunyai kucing. Memandangkan ianya buatan tangan, kesemua anak patung ini perlu diperiksa dari semasa ke semasa jika terdapat jahitan yang tertetas.
Terima kasih untuk segala perkara yang anda lakukan dan kerana menjadi seseorang yang sangat baik.

Sheza yang merupakan seorang beragama Islam sangat terharu dengan kejutan yang diterimanya.


“Hari ini, seorang insan yang baik hati telah menghantar satu bungkusan yang sangat menarik di rumah saya. Ia berjaya menyentuh hati saya dan mengingatkan bahawa individu yang baik hati SENTIASA berada di luar sana”.

Tambah Sheza,"Sesetengah tindakan akan menyentuh ke dalam hati anda dan tindakan ini berjaya membuatkan saya terharu. Saya berasa diterima, dihargai dan dialu-alukan apabila ada yang mengenali saya dan agama saya”.

“Terima kasih kepada individu yang memberikan anak patung ini kepada saya”.


Kisah inspirasi dan penuh bermakna ini menjadi tular dengan ramai netizen yang memuji sikap individu tidak dikenali berkenaan.

Sheza merancang untuk mendermakan kesemua anak patung tersebut kepada sekolah atau perpustakaan berbanding memberikannya kepada kanak-kanak perseorangan. Dengan cara ini, anak patung ini boleh dilihat dan dinikmati oleh lebih ramai orang.-PENMERAHPRESS


Sumber: Inspire More, Erabaru


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fZeBdY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.