Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penagih bakar rumah sendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penagih bakar rumah sendiri

SUNGAI PETANI: Seorang penagih dadah dipercayai membakar rumahnya di Kampung Permatang Tengah, Jalan Pantai Merdeka, di sini, petang tadi, sebelum melarikan diri.

Dalam kejadian jam 5.20 petang itu, lelaki terbabit yang tinggal seorang diri di rumah berkenaan dilihat meninggalkan kediamannya sebelum ia terbakar.

Saksi yang enggan dikenali berkata, dia dimaklumkan jiran bahawa lelaki terbabit ada di rumah ketika kejadian sebelum bergegas meninggalkan kediamannya.

Katanya, sebelum ini lelaki berkenaan pernah membakar motosikalnya sendiri serta mencederakan datuknya yang sebelum ini tinggal bersama.

"Ketika kejadian, saya berada di dapur dan terkejut sebaik melihat api marak dari arah rumah berkenaan sebelum menjerit meminta tolong.

"Ini bukan kali pertama kejadian seperti ini kerana sebelum ini dia membakar motosikal di dalam rumah itu, tetapi api sempat dipadam," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat Tikam Batu, Penguasa Bomba II, Mohamad Hafhid Omar, berkata sebuah jentera bersama tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 5.28 petang.

Setiba di lokasi kejadian, katanya, pihaknya mendapati kebakaran membabitkan sebuah rumah papan dan api dapat dikawal tiga minit kemudian.

"Bagaimanapun, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi, di sini, sebentar tadi.



Sumber Penagih bakar rumah sendiri

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fFl9kU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.