Politeknik Jayakan Kembara Kayak 20 Kilometer
HULU TERENGGANU – Seramai 50 warga Politeknik Hulu Terengganu (PHT) mengerakkan satu lagi program tanggungjawab jawab sosial korporat (CSR) melalui Kembara Kayak CSR 2017 hari ini.
Melalui penyertaan 45 pelajar bersama lima pensyarah diiringi lapan anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat, mereka menyelusuri Sungai Kuala Berang sejauh 20 kilometer menuju ke Kuala Telemong sebelum memulakan gerak kerja kemasyarakatan bersama rakan-rakan yang lain.
Pendekatan baharu itu sekali gus memberikan pengalaman mengujakan buat pelajar yang turut berpeluang berinteraksi dengan alam sungai yang menjadi nadi kehidupan masyarakat terutama pada waktu silam.
Menurut Timbalan Pengarah Akademik PHT, Abdullah Mamat, sementara menunggu ketibaan peserta berkayak di Kuala Telemong, aktiviti lain dimulakan di beberapa lokasi termasuk sesi perkongsian ilmu mengenai perniagaan dalam talian.
“Turut diadakan senamrobik dan sukaneka bersama penduduk kampung, pertandingan mewarna serta pemeriksaan kesihatan percuma melalui kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah,” ujarnya di sini hari ini.
Katanya, program tersebut merupakan satu aktiviti Sukarelawan Pelajar di bawah Yayasan Sukarelawan Politeknik Malaysia (YES) dalam memastikan para pelajar politeknik menjadi sukarelawan aktif.
Melalui program YES ini juga, terdapat Program Politeknik Kasih melalui kempen 1Politeknik 1Komuniti yang mensasarkan warga politeknik memberikan khidmat kepada komuniti yang berada berhampiran institusi itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yOiCJR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment