Makin Ramai Mohon Jadi Ahli UMNO – Annuar Musa
KUALA LUMPUR – Perkembangan positif permohonan keahlian UMNO yang meningkat setiap bulan dengan lebih membanggakan majoritinya terdiri daripada mereka di bawah usia 40 tahun.
Ia sekali gus menjadi bukti bahawa parti keramat terbesar Melayu Islam ini adalah masih lagi kekal pilihan anak muda untuk tampil ke hadapan, ujar Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa.
“Perkembangan ini amat membanggakan kerana menunjukkan anak muda menerima UMNO dengan baik. Mereka terus tampil ke hadapan untuk menyertai UMNO sebagai ahli.
“Walaupun begitu saya percaya masih ramai yang menyokong tanpa menjadi ahli secara rasmi di luar sana. Ini adalah satu perkembangan yang sihat dan saya ingin mengajak lebih ramai anak muda menyertai UMNO.
“Mereka boleh menjadi sebagai ahli dan saya berharap semua cawangan hendaklah membuka pintu keahlian secara lebih meluas,” ujarnya dalam sidang media Pasca Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini di Menara Dato’ Onn.
Jelas beliau, permohonan untuk bulan Ogos sahaja pihak ibu pejabat UMNO berjaya menerima sebanyak 5,155 permohonan ahli baharu dengan 3,381 permohonan adalah dibuat terus secara online dari seluruh dunia.
Sidang media ini adalah bagi mengulas secara lebih mendalam berkaitan hal-hal yang telah dibincangkan dalam mesyuarat MT yang diadakan malam tadi dan kali ini turut dihadiri portal berita tempatan propembangkang.
Annuar turut menerangkan bahawa daripada jumlah 5,155 permohonan itu, permohonan yang datang daripada atas usia remaja hanyalah berjumlah 508, sementara 920 pemohon adalah daripada golongan wanita.
Manakala bagi anak muda lelaki sebanyak 2,029 dan anak muda di bawah usia 35 tahun wanita adalah 1,698 permohonan. Dengan permohonan yang baharu ini, ahli UMNO usia dewasa kini berjumlah 1.3 juta orang.
“Ia meliputi ahli pergerakan wanita 1.40 juta, sayap pemuda 0.6 juta dan puteri pula hampir 0.4 juta. Kesimpulannya, ini membentuk jumlah keseluruhan keahlian UMNO sekarang ini adalah 3.6 juta,” jelasnya.
Tambah Annuar, berdasarkan kajian dibuat terhadap profil demografi negara, ia mendapati sekitar 52 peratus daripada rakyat terutama yang berperanan sebagai pemilih adalah terdiri daripada mereka berusia bawah 40 tahun.
Misalnya contoh dari satu kawasan parlimen menunjukkan 26 peratus berusia di bawah 30 tahun dan 25 peratus di bawah 40 tahun menjadikan kombinasi hampir 52 peratus daripada kalangan mereka di bawah umur 40 thaun.
“UMNO mengambil berat terhadap perkara ini kerana ia menunjukkan betapa besar dan pentingnya peranan generasi muda ini. Kita sebagai sebuah parti akan terus bukan sahaja memberi pembelaan.
“Tetapi akan melihat secara lebih mendalam akan keperluan aspirasi serta juga peranan mereka dalam kerajaan dan parti. Misalnya untuk tujuan ini, dalam kerangka pembentangan belanjawan akan datang.
“Presiden parti telah beri peluang kepada ahli MT termasuk sayap untuk membolehkan kita mengemukakan syor tentang perkara tertentu yang boleh diberi perhatian dan sebagai pembelaan kepada generasi bawah 40,” ulasnya.
Selain itu Annuar turut menjelaskan bahawa pihak MT juga merakamkan ucapan tahniah kepada pemimpin mahasiswa mahasiswi yang telah terpilih sebagai pemimpin dalam pilihan raya kampus masing-masing.
“MT juga memandang berat peranan pusat pengajian tinggi sama ada IPTA atau IPTS dalam lahir saf pimpinan generasi muda dan presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah menyebut supaya ahli MT, pemimpin termasuk menteri dalam kerajaan agar sentiasa beri kerjasama dan perhatian kepada pemimpin kampus.
“Ini kerana kita iktiraf peranan pimpinan generasi muda, kita juga percaya mereka yang telah terpilih ini akan dapat memainkan peranan bukan sahaja terhadap hal ehwal yang berkaitan kampus.
“Malahan jelas dapat dilihat mutakhir ini saf kepimpinan mahasiswa menjalankan tanggungjawab mereka dengan cukup berwibawa dengan menyertai banyak forum dan program.
“MT berasa gembira melihat gerakan politik kampus berkembang secara sihat dan berharap ia akan terus berkembang dalam menyumbang kepada proses pembangunan negara,” katanya lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yOdYLZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment