Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jurugambar terima ancaman bunuh, selepas jadi sasaran catatan palsu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jurugambar terima ancaman bunuh, selepas jadi sasaran catatan palsu

Catatan palsu Facebook itu antara lain mendakwa warga Singapura menolak wanita Melayu sebagai presiden republik berkenaan, dan orang Melayu yang dilabel sebagai lanun perlu disingkirkan dari Malaysia dan Singapura.

Keow-Wee-Loong-fbPETALING JAYA: Seorang jurugambar, Keow Wee Loong mendakwa keluarganya mendapat ancaman bunuh daripada individu tidak dikenali, susulan catatan palsu di Facebook mengenai warga Singapura menolak wanita Melayu menjadi presiden mereka.

Selain dirinya, beliau ketika dihubungi FMT berkata, isterinya turut menjadi sasaran ancaman pihak tidak dikenali.

Atas faktor keselamatan, Keow membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields malam tadi.

“Tujuan saya membuat laporan polis kerana ia melibatkan 2 negara, antara Malaysia dan Singapura,” katanya sambil menambah beliau mula menyedari nama dan gambarnya disalahgunakan pihak tertentu untuk memuat naik catatan palsu itu di Facebook, semalam.

Catatan palsu itu antara lain mendakwa warga Singapura menolak wanita Melayu sebagai presiden republik berkenaan, dan orang Melayu yang dilabel sebagai lanun perlu disingkirkan dari Malaysia dan Singapura.

“Seorang kenalan saya maklumkan petikan Facebook palsu yang menggunakan nama dan gambar-gambar saya mula tersebar di aplikasi WhatsApp di Singapura,” kata ketika dihubungi FMT.

Susulan itu, beliau dikecam orang Melayu Singapura dan Malaysia.

Keow mendakwa tentera siber parti politik memburukkan keadaan dengan mengambil kesempatan daripada penyebaran catatan palsu itu.

“Mereka spam Facebook saya dengan perkataan perkauman dan menarik pengguna laman media sosial menyerang saya.

“Walaupun saya sudah buat penjelasan, masih ada orang menyerang saya di Facebook,” katanya.

Keow memohon maaf kepada rakyat Singapura kerana catatan palsu yang disebarkan individu tidak bertanggungjawab itu menyentuh isu dalaman republik berkenaan.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Jurugambar terima ancaman bunuh, selepas jadi sasaran catatan palsu

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yO2acR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.