Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mother! buat penonton tertekan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mother! buat penonton tertekan

MOTHER! Sebuah filem penuh metafora dan simbolik dengan pelbagai persoalan daripada awal sehingga ke hujung ceritanya.

Membawakan tema yang agak berat untuk dihadam penonton, filem arahan Darren Aronofsky ini mengingatkan kita kepada filem arahannya terdahulu, Black Swan (2010).

Darren yang juga penulis skrip Mother! cuba memperlihatkan idea unik dalam filem berdurasi 122 minit dengan mengawal turun naik emosi penonton menerusi susunan babak yang sangat memberikan impak.

Filem ini mengisahkan kehidupan suami isteri yang penuh dengan misteri dan teka-teki tinggal di sebuah rumah lama. Kehidupan mereka cukup baik dan sempurna.

Si suami seorang penulis lebih banyak menghabiskan masa mencari idea terbaru untuk karyanya membuatkan isterinya  mengurus rumah mereka sendirian.

Suatu hari, mereka didatangi seorang tetamu yang tidak dikenali dikenali. Tidak lama kemudian, ia disusuli dengan anak-anaknya yang akhirnya turut menjadi tetamunya. Rumah yang sunyi itu menjadi sebuah keraian.

Namun pasangan itu tidak pernah mengalukan keraian tersebut di rumah mereka dan konflik berlaku dalam kehidupan mereka.

Keseluruhannya, ramai yang menganggap Mother! terlalu sukar difahami, bersifat seni dan hanya menyasarkan golongan tertentu sahaja untuk menikmatinya.

Terlalu banyak persoalan berbanding penjelasan sehingga penonton bosan.

Malah elemen metafora yang berleluasa dalam filem berbajet USD$30 juta ini juga seperti memaksa penonton memproses sendiri apa yang mereka fahami.

Bagaimanapun dari sudut lakonan, Mother! tampil dengan cukup membanggakan menerusi gandingan hebat barisan pelakon terkenal Hollywood seperti Jennifer Lawrence, Javier Bardem, Ed Harris yang berlakon cemerlang.

Jennifer Lawrence yang memegang watak utama berjaya menjadi penggerak yang cukup penting dalam keseluruhan jalan cerita apabila berjaya menghidupkan karakter yang diberikan kepadanya dengan cukup meyakinkan.



Sumber Mother! buat penonton tertekan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x4LVGd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.