Hi! Welcome Back and Stay Tune! Berpantang hari ke-5, Acha Septriasa dikecam keluar 'shopping' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Berpantang hari ke-5, Acha Septriasa dikecam keluar 'shopping'

BINTANG terkenal Indonesia, Acha Septriasa dikecam netizen apabila dilihat keluar bersama bayinya ketika masih berpantang di hari kelima.

Mereka juga turut mendakwa penyanyi dan pelakon itu tidak peka dan menjaga kesihatan secara sambil lewa.

Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Acha yang baru sahaja melahirkan bayi pertamanya pada 20 September lalu telah memuat naik foto  bersama suami dan anak yang berada di dalam kereta bayi sedang bersiar-siar.

Acha memberitahu di dalam kapsyennya mereka hanya keluar berjalan sekitar kejiranannya di Sydney, Australia untuk membeli barang dapur.

Foto itu mendapat pelbagai reaksi negatif daripada pengikut IG yang merasakan Acha sepatutnya berehat di rumah kerana baru sahaja melahirkan anak kurang seminggu lalu.

Rata-ratanya meluahkan rasa bimbang dan khuatir kesihatan Acha dan anaknya terganggu sepanjang tempoh berpantang.

"Ngilu lihat Acha berjalan, masih terasa kesan jahitannya," kata Ayu.

"Perutnya itu masih bengkak, kalau saya tak berani nak berjalan-jalan. Sekarang memang tak terasa sakitnya tapi akan datang belum tahu lagi," kata Dinna.

Sementara itu, ada juga yang menasihatkan supaya dia turut mementingkan kesihatan bayinya yang baru beberapa hari sahaja dilahirkan.

"Tidak elok bawa bayi keluar ketika dalam hari kerana antibodinya tidak kuat dan mudah terkena penyakit," kata Ratika.

Bagaimanapun, Acha tampil memberikan respon terhadap komen-komen tersebut.

Acha menjelaskan dia terpaksa melakukan segalanya sendiri kerana tiada pembantu di sana.

"Ya...soalnya, kami tiada pembantu di sini. Jadi harus membantu membeli belah bersama suami," tulisnya.
 



Sumber Berpantang hari ke-5, Acha Septriasa dikecam keluar 'shopping'

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yOwUua

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.