Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kisah Hankyu Jaya dan gadis Lancome, ibu bongkar asal usul nama Neelofa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kisah Hankyu Jaya dan gadis Lancome, ibu bongkar asal usul nama Neelofa

IBU pelakon dan pengacara televisyen Neelofa, Noor Kartini Noor Mohamed mendedahkan asal usul nama anaknya Neelofa.

Kata Kartini, Neelofa sebenarnya nama seorang gadis kacukan Pakistan yang ditemuinya ketika di sebuah pasar raya di Kota Bharu, Kelantan sekitar 29 tahun lalu.

"Ketika itu saya sedang mengandungkan Neelofa, saya ke Hankyu Jaya bersama kakak saya untuk menemaninya membeli produk kosmetik Lancome.

"Masih saya ingat gadis itu memiliki paras rupa yang sangat cantik, menyarung jubah hitam, sneakers (kasut getah) dan tudung bawal putih.

"Dia menyapa saya, katanya dia kenalan kepada saudara saya. Neelofa namanya! Dari situlah saya terkenan dan saya nekad untuk menamakan bayi yang saya sedang kandung ketika itu dengan nama Neelofa.

"Jadi, nama Neelofa dan Lancome sendiri seperti ada jodoh yang kuat," kata Kartini yang ditemui pada majlis perlantikan Neelofa sebagai duta produk Lancome Malaysia di Eco Sanctuary, Banting, Selangor semalam.

BACA: Nak kecam kecamlah! Tapi saya tak akan buka tudung - Neelofa

BACA: Kutuk saya, jangan kutuk keluarga saya - Adik Neelofa, Ameera Khan

Bagaimanapun, itu merupakan pertemuan kali pertama dan terakhir dengan gadis bernama Neelofa.

"Difahamkan sekarang dia sudah berpindah ke luar negara kerana mengikut suaminya," tambah Kartini.

 

Neelofa, 28, mencatat sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai duta produk kosmetik antarabangsa Lancome.

Lebih mengagumkan, Neelofa juga sebenarnya duta sulung berhijab Lancome.

Sebelum ini, Neelofa pernah dipilih sebagai jurucakap jenama itu untuk produk La Nuit Tresor pada 2015.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: Glam



Sumber Kisah Hankyu Jaya dan gadis Lancome, ibu bongkar asal usul nama Neelofa

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fxgL3Q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.