SOALAN KADIR JASIN TIDAK BERASAS, TEGAS PAS
Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan menyifatkan sebagai tiada berasas soalan tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin sama ada wujudnya wang pemberian Umno kepada PAS.
“Fitnah dan tomahan yang tidak berasas. Perkaranya ini kita sudah banyak (terima) tomahan dan fitnah tetapi tidak ada bukti.
“PAS, gaya dan perjuangan kita, gerak kerja kita menggunakan duit daripada ahli. Daripada dulu sampai sekarang,” katanya dalam sidang media selepas berakhirnya hari pertama Perhimpunan Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, malam tadi.
Terdahulu, Kadir mengemukakan soalan sama ada benar atau sebaliknya duit yang kononnya diberi oleh Umno atau perdana menteri kepada PAS digunakan untuk berniaga (antaranya kosmetik) tetapi mengalami kerugian.
Sambil menyatakan beliau sekadar bertanya dan menegaskan tidak salah serta tidak boleh dikenakan saman malu, bekas ketua pengarangan Kumpulan New Straits Times Press itu berkata, mungkin ada orang yang tahu jawapannya.
Sementara itu, Nasrudin yang juga anggota parlimen Temerloh menegaskan setiap aktiviti dijalankan parti itu adalah sumbangan ahlinya.
“Kita bangunkan program (Fastaqim) sebesar ini pun adalah sumbangan daripada ahli, kutipan daripada ahli.
“Jadi saya kira itu fitnah, tindakan nakal,” katanya.
– M’kini
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xQU593
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment