Hi! Welcome Back and Stay Tune! DUIT TIDAK CUKUP, KELUARGA BELUM TUNTUT LAPORAN BEDAH SIASAT THAQIF - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DUIT TIDAK CUKUP, KELUARGA BELUM TUNTUT LAPORAN BEDAH SIASAT THAQIF

KELUARGA bekas pelajar tahfiz Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi yang meninggal akibat kencing tikus pada 26 April lalu masih belum menuntut laporan perubatan kerana berdepan masalah kewangan.

Bapa Thaqif, Mohd Gadaffi Mat Karim bagaimanapun berkata keputusan bedah siasat pakar Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) yang berharga RM2,000 itu akan dituntut minggu depan selepas mendapat bantuan.

“Harga laporan RM2,000. Sebelum ini mereka kata laporan boleh ambil bayar RM80 sahaja. Tetapi Insya-Allah saya akan turun (Kuala Lumpur) minggu depan selepas dapat bantuan,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insight.

Laporan tersebut sepatutnya dituntut awal Julai lalu selepas Kementerian Kesihatan mendedahkan kematian bekas pelajar Madrasah Tahfiz Al-Jauhar (MTAJ) itu disebabkan jangkitan bakteria leptospirosis.

Gadaffi yang bekerja sebagai jurulatih bola sepak itu akan ke Kuala Lumpur bersama Presiden Pertubuhan Kebajikan Anak Peneroka Felda Semalaysia, Adnan Othman minggu depan.

Semakan The Malaysian Insight mendapati bayaran RM1,000 akan dikenakan bagi penyediaan laporan perubatan melibatkan siasatan pakar dan rujukan hospital lain.

Menurut Timbalan Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Jeyaindran Sinnathurai 50% bayaran tersebut diberikan kepada pakar dan pihak hospital.

“Kita ada panduan untuk menetapkan harga. Tidak boleh suka-suka. Tak silap saya 50 peratus bayaran pergi kepada doktor pakar.”

Tak jadi sedekah kepuk kubur

Ghadafi yang juga bekas pemain bola sepak Selangor melahirkan rasa kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak ikhlas memberi bantuan.

Selain beberapa bantuan tidak jadi diberikan, ada juga pihak yang mencemuhnya dan menggesa keluarga itu meminta maaf kepada pihak pengurusan tahfiz.

“Ada seorang ustaz itu beriya-iya hendak hadiahkan kepuk kubur arwah (Thaqif). Berbulan kami tunggu. Akhirnya selepas keputusan kencing tikus keluar, ustaz kata tak jadi dan beri alasan dia terlalu sibuk,” katanya dengan nada kecewa.

“Ada juga segelintir yang negatif suruh saya minta maaf (pada pengurusan Tahfiz). Saya kata bukan saya yang kata macam itu (arwah dipukul). Arwah yang mengadu kata dipukul. Anak saya tidak menipu,” katanya yang menolak laporan bedah siasat tersebut.

Thaqif, 11, sebelum ini dipotong kedua belah kakinya selepas mengalami darah beku yang pada awalnya dikaitkan dengan hukuman rotan dengan getah paip oleh pembantu warden pusat tahfiz itu.

Warden yang ditahan reman sejak 23 April lepas dibebaskan pada 3 Mei jaminan bon di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah sebanyak RM20,000.

Rujuk pihak ketiga, tolak laporan kementerian

Tidak mahu menerima bulat-bulat keputusan siasatan, bapa kepada lima anak ini masih tetap dengan pendiriannya untuk mendapatkan pandangan pihak ketiga.

“Saya memang tidak puas hati. Ramai juga kata pada saya mereka tak percaya. Apabila ambil laporan minggu depan, saya akan bincang dengan peguam.

“Anak saya tidak bohong (kata dia dipukul). Apabila kaki yang dipotong, mereka (forensik) gali semula. Badan dan kaki arwah tidak busuk. Tuhan hendak tunjuk kuasa-Nya,” katanya yang yakin anaknya menjadi mangsa dera di MTAJ.

Beliau turut menambah siasatan pihak KKM mendapati tiada sebarang tanda bakteria itu di persekitaran rumahnya.

“Sebab itu saya tidak percaya (laporan). Hospital datang ke rumah pasang jerat. Seekor tikus pun tak nampak. Rumah atuknya juga tiada tikus. Apa semua ini?” tambahnya.

Kerana itu dia bertegas akan menuntut keadilan untuk anaknya.

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xQTXq5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.