1,400 kakitangan Air Berlin bakal kehilangan kerja
FRANKFURT: Kira-kira 1,400 kakitangan Air Berlin dijangka kehilangan kerja akhir bulan ini, berikutan masalah kewangan yang dihadapi syarikat penerbangan itu.
Menurut maklumat yang diperoleh dari kesatuan oleh AFP, antara yang terjejas ialah kakitangan lapangan terbang dan pentadbiran yang tamat tempoh kontrak pada hujung bulan ini atau Februari depan.
Dokumen itu juga mendedahkan bahawa Air Berlin bakal menamatkan operasinya tidak lama lagi, manakala subsidiarinya, Niki sebuah syarikat penerbangan tambang murah akan meneruskan operasi seperti biasa.
Syarikat penerbangan Jerman itu memulakan prosiding muflis pada Ogos lalu, selepas pemegang saham terbesarnya, Etihad Airways, enggan menambah pelaburannya dalam Air Berlin.
Menurut agensi berita DPA, ketika ini, 8,600 kakitangan, termasuk pekerja sambilan berkhidmat dengan Air Berlin. - AFP
Sumber 1,400 kakitangan Air Berlin bakal kehilangan kerja
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ywosmx
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment