“2 rumah untuk dia setiap tahun aku reservekan sebagai pengganti aku memusnahkan impian dia yang ingin bekerjaya selepas tamat belajar” – Para suami patut tiru cara lelaki ini menghargai isteri!
4 tahun yang lalu,
Aku melamar kawan baik aku di zaman Universiti menjadi isteri aku,
Aku gentle berjumpa ayah isteri aku ini menyatakan hasrat di hati ingin menikahi anaknya sebelum menghantar rombongan keluarga,
Time ni isteri aku bekerja sebagai Engineer Intel di Penang,
Aku plak bekerja pencacai di Singapore,ahahaa..
Memang hubungan ketika ini secara jarak jauh sebelum dan selepas berkahwin.
Time ni memang aku tak da budget nak kahwin secara besar-besaran,
Buat majlis pun 1 belah pihak sahaja iaitu belah pihak perempuan.
Janji kahwin !!!
Part hantaran plak, orang sibuk viral kalau kelulusan Degree minima RM 15,000.
Aku rileks je nego mintak RM 8,000 je,
Mujur isteri aku tak kisah dan terima kewangan aku ketika itu.
Mas kahwin aku bagi 6 Dinar emas yang aku kumpul sejak mula bekerja.
Dalam masa yang sama, timbul 1 idea untuk beri hantaran sebuah rumah kepada isteri aku ini.
Aku mintak dokumen dari isteri aku,
Dan aku carikan sebiji rumah untuk beliau sebagai backup untuk diri dia sendiri.
Kos deposit + kos lawyer + baik pulih rumah + kemasukan penyewa semuanya di uruskan oleh aku.
Nak belikan kereta memang bukan keperluan memandangkan dia ada kereta kebal arwah atuk dia.
Time ni memang strungle habis, ikat perut * buat OT + side income, sebab kumpul deposit rumah + duit kahwin sebab tak mengharapkan Personal Loan.
Alhamdulillah kami di kurniakan cahaya mata setahun kemudian.
Time tu aku mintak dia berhenti kerja dan aku menyara keluarga seorang diri.
Duduk di rumah kecil jenis 2 bilik 1 bilik air.
Gaji tak besar tapi cukup untuk kami sekeluarga hidup.
Kami hidup macam rakyat marhaen biasa.
Ini kisah 4 tahun lepas.
Alhamdulillah tahun ni, aku di kurniakan lagi cahaya mata yang baru,
Dua-dua lelaki,
Oklah boleh meneruskan perjuangan aku nanti.
Rumah yang aku berikan pada isteri aku,
Aku mintak dia jual,
Sebab dah masak ranum.
Untung RM 130,000 dalam tempoh 4 tahun.
Dimana kalau nak simpan sendiri secara manual perlu menyimpan sekitar RM 2708/bulan. (Boleh ke korang konsisten menyimpan macam ni)
Kalau aku belikan dia kereta time tu, agak-agak mesti dah separuh harga kereta isteri aku ni.
Terpulang kepada dia nak buat apa duit itu,
Beli handbag LV,
Beli mini cooper cash,
Simpan sahaja dalam ASB,
Beli rumah lagi dan lagi,
Melancong ke Oversea,
Beli emas sampai lengan,
@ apa sahaja.
Sebab setiap tahun pun aku masih hadiahkan dia sebuah rumah sempena anniversery dan besday dia. 2 rumah untuk dia setiap tahun aku reservekan sebagai pengganti aku memusnahkan impian dia yang ingin bekerjaya selepas tamat belajar. Dalam masa yang sama, pasif income dia jugak setiap bulan
Tak perlu ikut cara aku 100% tapi ambik ilmu yang cuba aku sampaikan dan praktiskan dalam kehidupan rumah tangga korang.
*Gambar kenangan ketika kami masih bertiga sebelum muncul pihak keempat.
Kami pernah hujan basah bersama ketika menunggang motorsikal suatu ketika dahulu dan isteri aku sanggup korbankan hanya aku sahaja yang memakai baju hujan ketika itu memandangkan hanya ada 1 baju hujan sahaja
Sumber: Muhd Farid
Sumber “2 rumah untuk dia setiap tahun aku reservekan sebagai pengganti aku memusnahkan impian dia yang ingin bekerjaya selepas tamat belajar” – Para suami patut tiru cara lelaki ini menghargai isteri!
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kwA8iF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment