75 peratus madu yang dikeluarkan oleh negara di seluruh dunia telah dicemari racun serangga!
GENEVA 7 Okt. – Para penyelidik di Switzerland mendedahkan bahawa 75 peratus madu yang dikeluarkan oleh negara di seluruh dunia telah dicemari racun serangga.
75 peratus madu yang dikeluarkan oleh negara di seluruh dunia telah dicemari racun serangga!
Kumpulan penyelidik dari Universiti Neuchatel memaklumkan, madu berkenaan jika diambil setiap hari akan menyebabkan masalah kesihatan jangka panjang kepada manusia.
Kajian itu dilakukan terhadap 200 contoh madu yang diambil dari seluruh dunia termasuk kepulauan terpencil kecuali Antartika.
Mereka mendapati tiga suku daripada kesemua contoh madu itu mengandungi sekurang-kurang satu racun jenis `Neonicotinoid’.
Selain itu, berdasarkan contoh yang tercemar, 30 peratus daripadanya mengandungi `Neonicotinoid’ tunggal dan 45 peratus pula mengandungi dua atau lebih daripada racun itu dan 10 peratus contoh madu tercemar itu mengandungi empat atau lima jenis racun berkenaan.
Kepekatan racun serangga dalam madu yang tercemar yang tertinggi berasal dari Eropah, Amerika Utara dan Asia. – Bernama
Sumber: Utusan
Sumber 75 peratus madu yang dikeluarkan oleh negara di seluruh dunia telah dicemari racun serangga!
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g1iQJj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment