Hi! Welcome Back and Stay Tune! Roadblock bongkar rahsia nasib malang remaja 14 tahun yang pernah 10 kali dinoda teman lelaki kakak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Roadblock bongkar rahsia nasib malang remaja 14 tahun yang pernah 10 kali dinoda teman lelaki kakak

Kuala Lumpur: Pernah dirogol lebih 10 kali. Itu nasib remaja berusia 14 tahun yang mahu dikenali sebagai Zafirah.

Dia antara yang ditahan Skuad 42 bersama teman lelakinya yang menunggang motosikal tanpa lesen dan cukai jalan, malah melarikan diri ketika didekati sebelum ditahan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) pada 2.30 pagi, baru-baru ini.

 

 

Roadblock bongkar rahsia nasib malang remaja 14 tahun yang pernah 10 kali dinoda teman lelaki kakak

Roadblock bongkar rahsia nasib malang remaja 14 tahun yang pernah 10 kali dinoda teman lelaki kakak

 

Menurut Zafirah, dia berhenti sekolah sejak dua tahun lalu kerana masalah kewangan.

“Ayah saya bekerja sebagai pengawal keselamatan, ibu pula tukang cuci pinggan di warung yang gajinya RM50 sehari.

“Ibu selalu merungut tidak cukup duit menyebabkan saya berhenti sekolah selepas tamat tahun 6,” kata anak kedua daripada empat beradik itu.

Menurutnya, dia lari dari rumah sejak tiga bulan lalu kerana tidak tahan sering dimarah ibunya.

“Ibu selalu marah. Dia selalu jerit mengatakan saya bodoh dan pemalas.

“Ayah saya pula sibuk dengan kerja syif dan tidak sempat beri perhatian kepada kami adik beradik.

“Kadang-kala kami tidak makan di rumah,” katanya.

Dia yang tinggal di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) di pinggir ibu kota berkata, ibunya membenarkan teman lelaki kakaknya untuk tinggal sebumbung kononnya demi keselamatan.

“Sepanjang dua bulan lelaki itu tinggal bersama kami, saya sering dirogol. Kakak pula tidak tahu hal ini, saya takut.

“Hanya teman lelaki saya tempat saya mengadu menyebabkan saya lari dari rumah sejak tiga bulan lalu,” katanya.

Skuad 42 kekang gejala sosial remaja

Menggadai nyawa demi memastikan ketenteraman awam terjamin selain mengekang gejala sosial dalam kalangan remaja.

Itu yang dilakukan Skuad Unit Risikan Operasi (Skuad 42) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur yang diketuai Asisten Superintendan Ahmad Fuad Mahmod bersama dua pegawai dan 14 anggota.

Betapa tidak, setiap kali turun di jalanan risiko untuk mereka cedera dan terkorban tinggi kerana mat rempit tidak menghiraukan keselamatan diri apatah lagi orang lain sehingga sanggup melakukan apa saja untuk melepaskan diri.

Hanya berpakaian preman, tiada siapa tahu identiti skuad itu sehingga mereka menunjukkan kad kuasa dan ketika itu, mat rempit akan cuba melarikan diri.

Bukan saja memburu samseng jalan raya, mereka juga berdepan dengan penjenayah yang memiliki senjata seperti parang dan pistol.

Setakat Ogos lalu, sebanyak 218 orang ditahan atas kesalahan menunggang secara melulu dan berbahaya.

 

 

 

Sumber: Metro



Sumber Roadblock bongkar rahsia nasib malang remaja 14 tahun yang pernah 10 kali dinoda teman lelaki kakak

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ic7i6s

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.