Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sultan Johor kecam Zamihan tin kosong, angkuh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sultan Johor kecam Zamihan tin kosong, angkuh

 | October 14, 2017
Sultan Ibrahim juga bertitah melarang Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj) daripada berurusan dengan Jakim selepas ini.
sultan-johor-malaysiaPETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Dr Zamihan Mat Zin sebagai “tin kosong” dan angkuh.

Sehubungan itu baginda juga melarang Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj) daripada berurusan dengan Jakim selepas ini.
Sultan Ibrahim juga bertitah gaya percakapan Zamihan yang juga presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) sangat angkuh dan sombong, “seolah-olah dia sahaja yang betul dan mencerca bangsa lain.”
“Saya anggap dia hanya seperti tin kosong yang tidak ada otak,” titah baginda pada Majlis Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Kali ke-17 di Batu Pahat, hari ini.

Sultan Ibrahim berkata demikian susulan Zamihan mengkritik baginda mengenai isu kedai dobi mesra muslim di Muar, yang tular di media sosial baru-baru ini.
Dipetik Sinar Harian Online, Sultan Ibrahim bertitah Zamihan juga berbohong selepas cuba menafikan yang beliau menyebut perkara itu setelah dikecam orang ramai.
 
“Nampaknya ustaz ini dah pandai berbohong pula, macam mana kita nak belajar dengan dia. Jangan nak temberang dengan saya, lepas ini cukuplah berceramah depan cermin sahaja untuk kenal diri sendiri.

“Kalau betul dia penceramah Jakim, saya tidak tahu dari mana Jakim pungut dia, selepas ini juga saya mengarahkan Jainj tidak perlu lagi buang masa berurusan dengan Jakim,” titah baginda.

Baginda juga bertitah, Jakim turut tidak perlu memberikan pandangan kepada negeri Johor, yang mana semua orang tahu urusan berkaitan dengan agama adalah di bawah kuasa negeri seperti yang termaktub dalam perjanjian Persekutuan.

“Beberapa orang mufti dan pakar agama telah keluarkan pandangan dan hujah mereka berkaitan perkara ini, namun malangnya ada pula seorang penceramah bernama Ustaz Zamihan Mat Zin yang mengkritik tindakan saya dan memperlekeh mufti-mufti tersebut.
Pada Rabu lalu, Zamihan ditangkap polis ekoran kenyataan yang didakwa mengkritik Sultan Johor dalam kontroversi dasar perniagaan untuk “orang Islam sahaja”.

Selasa lalu, raja-raja Melayu mengecam dasar perniagaan untuk “orang Islam sahaja” termasuk kontroversi dobi “mesra Muslim di Johor dan seumpamanya di Perlis sebagai tindakan yang bersifat keterlaluan, boleh menjejaskan keharmonian, dan membawa implikasi lebih mendalam sekiranya bersabit dengan dan dilakukan atas nama Islam.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z74gDR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.