Ubah SOP konvoi permotoran anggota keselamatan - TPM Zahid
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata peserta konvoi juga perlu mengamalkan disiplin tinggi kerana kebiasaannya kemalangan berpunca daripada keletihan.
"Saya harap agar SOP konvoi diubah di samping diikuti dengan disiplin yang tinggi oleh peserta dan juga anggota yang terlibat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menziarahi keluarga Allahyarham Sarjan Mejar Abdul Hakim Samingan, 54, di Kampung Darat Rajawali, di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.Allahyarham dan rakannya Koperal I. Suresh, 36, maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangi mereka terbabit dalam kemalangan di Km139, Jalan Kuala Terengganu- Kuantan, dekat Teluk Kalung pada Khamis lepas (12 Okt).
Dua anggota trafik tersebut bersama-sama tujuh pegawai dan 18 anggota trafik lain ketika itu menjalani Latihan Dalam Perkhidmatan menunggang motosikal berat jarak jauh dari Mersing, Johor ke Kuala Terengganu.
"Saya mewakili kerajaan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan rakyat Malaysia melafazkan rasa simpati kami kepada keluarga Allahyarham dan mendiang yang meninggal dunia di dalam tugas," kata timbalan perdana menteri.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kebajikan keluarga anggota dan pegawai polis sentiasa diutamakan dan menurutnya beliau telah mengarahkan PDRM menyegerakan bayaran yang sepatutnya kepada anggota dan pegawai polis yang meninggal dunia semasa bertugas.
-- BERNAMA
Sumber Ubah SOP konvoi permotoran anggota keselamatan - TPM Zahid
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xFW2GE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment