Hi! Welcome Back and Stay Tune! Annuar: Umno, PAS perlu lebih fleksibel cari titik persamaan. Macamana ni ? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Annuar: Umno, PAS perlu lebih fleksibel cari titik persamaan. Macamana ni ?

 | October 8, 2017
Annuar Musa berkata pertelagahan yang berterusan tidak membawa sebarang keuntungan kepada rakyat termasuk di Kelantan dan disebabkan itulah Umno dan PAS perlu lebih fleksibel dalam soal mencari titik persamaan.
Annuar-Musa-pas-dan-umno-bergabung 
BACHOK: Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa mengusulkan agar Umno dan PAS “duduk semeja” bagi mencari titik persamaan demi kepentingan umat Islam.

Beliau berkata pertelagahan yang berterusan tidak membawa sebarang keuntungan kepada rakyat termasuk di Kelantan dan disebabkan itulah Umno dan PAS perlu lebih fleksibel dalam soal mencari titik persamaan.
“Jika PAS mahu bekerjasama atau membincangkan soal itu, Umno sebenarnya tiada apa-apa masalah,” katanya kepada pemberita pada majlis santai bersama media di sini, malam tadi.

Annuar berkata walaupun Umno tidak boleh berkompromi dengan PAS dalam perkara-perkara tertentu masih banyak perkara lain yang boleh dibuat bersama melalui konsep ta’awun (tolong-menolong dalam kebaikan) seperti dalam meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Sementara itu, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh, berkata Umno kini bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Kita ingin menegaskan siapa-siapa (parti) yang menyokong DAP kita akan tentang seperti PPBM dan PKR.

“Bagi saya pada PRU-14 akan datang, mana-mana yang menyokong DAP kita wajib tentang kerana kita tidak mahu DAP ‘menguasai’ walaupun mereka tidak memerintah seperti yang berlaku di Selangor, ” katanya.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g1YFuF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.