Apa sudah jadi? Warga Bangladesh kini menghuni kuarters guru di Klian Intan
IPOH: Jabatan Pendidikan Perak sedang menunggu laporan penuh daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Perak berhubung dakwaan warga asing menghuni bangunan kediaman guru di Klian Intan di Pengkalan Hulu, dekat Gerik.
Pengarahnya, Mat Lazim Idris berkata, beliau meminta laporan itu sebaik menerima maklumat mengenai dakwaan berkenaan yang disiarkan dalam sebuah portal berita beberapa hari lalu.
Katanya, laporan itu bertujuan mengetahui status sebenar bangunan empat tingkat yang dikatakan menjadi penempatan warga asing itu.
“Setakat ini, kita sedang menunggu laporan penuh secara lisan daripada PPD Hulu Perak untuk mengetahui status secara lengkap mengenai kehadiran warga asing di kuarters itu.
“Jadi, saya hanya akan dapat membuat kenyataan penuh selepas menerima laporan lebih terperinci itu nanti,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau mengulas laporan sebuah portal berita mendakwa bangunan rumah pangsa empat tingkat yang sepatutnya dikhaskan untuk kakitangan pendidikan, sebaliknya menjadi penempatan warga asing sejak sekian lama.
Mat Lazim berkata, pihaknya akan merujuk kepada Kementerian Pendidikan sejurus laporan penuh itu diperoleh nanti untuk tindakan lanjut.
Sumber: Bharian
Sumber Apa sudah jadi? Warga Bangladesh kini menghuni kuarters guru di Klian Intan
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yrNSkQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment