Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Badan Baru’ Shaheizy Sam Dapat Perhatian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Badan Baru’ Shaheizy Sam Dapat Perhatian

PELAKON Shaheizy Sam kini tidak kelihatan seperti dahulu selepas melakukan perubahan pada bentuk badannya.

Sam atau nama sebenarnya  Shaheizy Sam Abdul Samad, 35, semakin sasa atau dipanggil ‘sado’ berbanding sebelum ini.

Sam memuat naik foto yang menayangkan bentuk badan barunya di Instagramnya dan mendapat perhatian netizen.

“Di sini panas atau hanya saya sahaja? Owh, Saya suka kerja saya! #InspektorKhai #PolisEvo2,” kata Sam menerusi kapsyen yang ditulis.

Rata-ratanya memuji perubahan yang dilakukan Sam untuk menjayakan watak sebagai Inspektor Khai menerusi filem Polis Evo 2.

“Terbaiklah. Dari Polis Evo 1 selepas itu shooting Polis Evo 2 punya pasal, sado balik. Ini baru mercik,” kata salah seorang pengikutnya di Instagram.

“Peh dah sado balik. Rambut pun dah potong terbaiklah cik Sam kita ini,” kata Beby_Jesz.
Melihat foto yang dikongsi, Sam kini sedang menjalani penggambaran filem sekuel Polis Evo 2 yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan.

Semasa penggambaran filem itu, Sam turut membentuk badannya dengan cara ke gim bagi memenuhi watak yang dilakonkannya.

Selain Sam, pelakon dan pelawak Zizan Razak juga antara bintang utama yang akan menjayakan filem tersebut.

Filem Polis Evo berjaya memecah rekod kutipan box office Malaysia dengan mengaut RM17.3 juta setelah 42 hari di pawagam.

The post ‘Badan Baru’ Shaheizy Sam Dapat Perhatian appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2imfZeG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.