Benjy dipenjara 11 tahun dan didenda RM312,539 di Mahkamah Daerah Medan
PELAKON Khaeryll Benjamin Ibrahim, 38, atau Benjy dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun dan denda AS$74,000 (RM312,539) oleh Mahkamah Daerah Medan hari ini, selepas didapati bersalah memiliki 4.5 gram dadah methamphetamine.
Benjy dipenjara 11 tahun dan didenda RM312,539 di Mahkamah Daerah Medan
Dia ditangkap pegawai Kastam dan Eksais sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Deli Serdang, Sumatera Utara, 18 April lalu, dan dadah berkenaan ditemui dalam duburnya.
Benjy adalah anak pelakon Azean Irdawaty. Dia pernah berdepan pertuduhan berkaitan dadah di Malaysia termasuk mengedar syabu.
Hukuman yang dikenakan itu lebih rendah berbanding 14 tahun penjara yang dipohon pendakwa.
“Kami mengisytiharkan Benjy terbukti bersalah kerana memiliki dadah terlarang,” kata Ketua Hakim Wahyu Prasetyo Wibowo.
Sumber: Metro
Sumber Benjy dipenjara 11 tahun dan didenda RM312,539 di Mahkamah Daerah Medan
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zxUR9o
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment