Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bertuahnya Eina Azman, dapat telefon bimbit sama harga sebuah kereta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bertuahnya Eina Azman, dapat telefon bimbit sama harga sebuah kereta

PELAKON Datin Paduka Ainur Syakina Azman atau lebih popular dengan panggilan Eina Azman berkongsi detik bahagia dihadiahkan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden sebuah telefon pintar jenis Vertu.

Namun, jenama telefon pintar antarabangsa itu sebenarnya bukan calang-calang kerana harga sebuah telefon pintar Vertu mencecah RM30,000!

"Oh my god! This is what I want. Bila you beli ni yang? So nice. Oh my god! Thank you sayang," kata Eina ketika perlahan-lahan membuka hadiah itu menerusi rakaman sebuah video.


Video yang dimuatnaik di akaun media sosial Instagramnya itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menyifatkan pelakon Ratu The Movie itu sangat beruntung.

"Sukalah kami kalau laki kita buat surprise macam ini. Tak bagi barang mahal pun tak apa, janji kejutan," tulis @arshadanirah di ruang komen.

Bagi yang tidak tahu, harga telefon pintar jenis Vertu model Aster (Raspberry Ostrich) itu berharga AS$7,900 (RM33511.80) hampir menyamai harga sebuah kereta jenama tempatan.

Vertu merupakan sebuah jenama telefon pintar buatan England dan dibaluti dengan kulit burung unta.

Sebenarnya, model Aster dikeluarkan dengan rangkaian harga paling murah daripada kebiasaan jenama itu. Paling tidak pun ia mencecah harga AS$10,800 (RM45,813).


Teks oleh: Amri Hassan
Foto & Video: @einaazman, FB Cili Potong



Sumber Bertuahnya Eina Azman, dapat telefon bimbit sama harga sebuah kereta

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wDhveN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.