City terus gah, Aguero samakan rekod
MANCHESTER: Manchester City meraih kelebihan lima mata untuk terus kekal di puncak persada Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mudah membenam Burnley 3-0, di Stadium Etihad, sebentar tadi.
Lebih manis, Sergio Aguero berjaya menyamai rekod sebagai penjaring terbanyak City ketika membantu kemenangan itu menerusi gol pertama, hasil sepakan penalti pada minit ke-30.
City tidak memperagakan aksi terbaiknya apabila pertahanan Burnley berjaya bertahan dengan kemas, sehinggalah pengadil menghadiahkan penalti apabila Bernardo Silva dijatuhkan penjaga gol, Nick Pope.
Aguero mudah menyempurnakan penalti itu untuk merekod jaringan ke-177, yang menyamai pencapaian Eric Brook.
Nicolas Otamendi kemudiannya melebarkan jurang dengan gol kedua pada minit ke-73 dan Leroy Sane memastikan City meraih mata penuh dengan jaringan ketiga dua minit berselang. - Reuters
Sumber City terus gah, Aguero samakan rekod
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yHegXw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment