Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Doktor Berlakon Gagap, Itu Sebabnya” – Faezah Elai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Doktor Berlakon Gagap, Itu Sebabnya” – Faezah Elai

AKTRES Faezah Elai menjelaskan drama arahan suaminya iaitu Heykal Hanafiah berjudul Titian Cinta yang menjadi pertikaian kerana dialog seorang doktor, menggunakan khidmat pegawai perubatan sebenar.

Faezah berkata, terdapat kesilapan teknikal apabila pihaknya terlepas pandang dengan mengambil dialog yang tidak sepatutnya menyebabkan netizen mula menghentam kononnya mereka tidak membuat kajian mengenai terma perubatan yang harus dituturkan.

Katanya, mereka menggunakan khidmat doktor bertauliah bagi memastikan dialog yang betul namun pegawai perubatan itu menghadapi masalah untuk berlakon disebabkan tiada pengalaman sehingga pengarah terpaksa melakukan beberapa kali rakaman semula.

“Selalunya saya tidak pernah ambil peduli netizen hentam orang, nama pun netizen. Di sini saya siarkan (video sebenar) babak sepatutnya keluar. Disebabkan kesilapan suntingan, babak yang silap pula diambil.

“Babak ini banyak kali take (diulang buat) sebab yang perempuan bertudung itu adalah doktor sebenar bukan pelakon extra (tambahan) ia disebabkan pengarah mahu mendapatkan fakta yang betul. Saya tidak salahkan dia (doktor) sebab mestilah gagap tiba-tiba kena berlakon dengan Zul Ariffin,” ujarnya menerusi laman sosial Facebook.

Faezah mengulas kritikan seorang doktor yang mempersoalkan dialog dalam drama Titian Cinta sehingga menjadi perbalahan sesama netizen.

Adegan itu merupakan perbualan watak utama, Haris iaitu Zul Ariffin yang sedang menerima maklumat daripada doktor berkaitan keadaan kesihatan isterinya.

Dialog dan istilah perubatan yang menjadi kecaman adalah: “Kami terpaksa buang rahim kiri isteri encik” sedangkan rahim wanita hanyalah satu tiada kiri atau kanan.

Sementara itu, Faezah  berkata, kenyataan yang diberikannya bukan untuk menegakkan benang yang basah, sebaliknya menerangkan situasi sebenar, apa yang berlaku.

“Janganlah cakap drama ini tidak buat kajian macam drama Korea atau Hong Kong, cerita ini bukan tentang perubatan. Apa yang cuba disampaikan ialah perempuan itu tidak boleh mengandung.

“Kalau Hollywood bagi cerita tidak masuk akal, kena tembak di dada tapi boleh jalan lima kilometer tiada pula mana-mana doktor hentam,” ujarnya.

Dalam pada itu, aktres itu berkata, dia tidak terlibat dalam drama berkenaan, namun pengarah drama yang menjadi viral itu merupakan suaminya.

Drama Titian Cinta dibarisi pelakon seperti Zul Ariffin, Farah Nabilah dan Daler Yusof yang bersiaran di slot Akasia pada pukul 7 malam di TV3.

The post “Doktor Berlakon Gagap, Itu Sebabnya” – Faezah Elai appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fUCi6S

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.