'Entah-entah sehari sebelum bersalin baru kami gelabah' - Suami Jihan, Ungku Hariz
Kandungan Jihan yang kini sudah memasuki usia lima bulan kata Ungku Hariz tidak mencemaskan mereka hingga terlalu taksub membeli barangan kelengkapan bayi.
"Baik saya mahupun Jihan kami belum membuat apa-apa persediaan menyambut kelahiran bayi sulung kami.
"Kata orang beli dahulu sedikit-sedikit tetapi mungkin kami bukan pasangan sebegitu. Entah-entah sehari sebelum bersalin baru kami gelabah."Alhamdulillah, bayi dalam kandungan sihat namun kami mengambil keputusan untuk tidak ingin mengetahui jantina bayi kami.
"Begitu juga nama, setakat hari ini kami belum memilih nama untuk anak yang bakal dilahirkan," katanya kepada Astro Gempak.
Tambah Ungku Hariz, dia gementar untuk menjadi seorang bapa namun pelakon drama Biniku Ninja itu mendapatkan panduan dan nasihat daripada kenalan dan keluarganya.
"Perasaan sekarang memang gemuruh untuk bergelar seorang bapa namun saya lebih banyak mendapatkan nasihat daripada kenalan rapat yang sudah menimang cahaya mata pada usia muda.
"Selain itu, ahli keluargalah yang paling banyak memberikan panduan kepada saya," tambahnya.
Ungku Hariz atau nama sebenarnya Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli, 32, telah mendirikan rumah tangga dengan pengacara televisyen dan pelawak terkenal Jihan Muse pada 20 Mac 2016.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @ungkuhariz @jihanmuse
Sumber 'Entah-entah sehari sebelum bersalin baru kami gelabah' - Suami Jihan, Ungku Hariz
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y3JaXD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment