Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ezlynn, Adam Fahmy sah bercerai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ezlynn, Adam Fahmy sah bercerai

KEMELUT rumah tangga antara penyanyi Ezlynn dengan suaminya, Adam Fahmy akhirnya selesai selepas pasangan itu sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini sebentar tadi.

Adam Fahmy Shamsuddin, 38, melafazkan cerai talak satu terhadap Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 36, di hadapan Hakim syarie Noorbyetty Nasir pada jam 10.30 pagi.

Permohonan cerai itu dikemukakan Ezlynn selaku plaintif  pada 7 April lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) Kuala Lumpur 1984.

Antara lain, Ezlynn mengemukakan alasan bahawa tiada lagi persefahaman dan kasih sayang dalam rumah tangga mereka yang dibina pada 20 November 2011.

Pada prosiding itu, Ezlynn hadir ke mahkamah bersama peguam syarie Izyan Hazwani Ahmad manakala Ahmad Nazib Johari bertindak sebagai peguam syarie Adam Fahmy.

Sementara itu, Ezlynn ketika ditemui pemberita selesai prosiding, berkata beliau berasa lega dan berasa lebih tenang selepas perkara (penceraian) itu selesai.

The post Ezlynn, Adam Fahmy sah bercerai appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yJifT0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.