Hi! Welcome Back and Stay Tune! Graduan cemas dilarang masuk dewan konvokesyen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Graduan cemas dilarang masuk dewan konvokesyen

Graduan cemas dilarang masuk dewan konvokesyen
Seorang graduan bergambar kenangan bersama keluarganya ketika Majlis Konvokesyen Kuin kali ke-19, hari ini.
(Ubah saiz teks) 
 
KUALA KETIL- Gara-gara terlewat, seorang graduan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dari Nigeria hampir terlepas menerima sarjananya apabila dilarang memasuki dewan bagi menyertai Majlis Konvokesyen kali ke-19, hari ini.

Graduan Sarjana Perbankan Islam itu yang terlepas perarakan, bagaimanapun bernasib baik apabila dia akhirnya dibenarkan masuk sebelum ketibaan Sultan Kedah, Tuanku Sallehuddin Sultan Badilshah, 30 minit kemudian.
Idris Mokhtar, 31, berkata, dia tiba dari Nigeria di Kuala Lumpur tiga hari lalu dan hanya tiba di kampus Kuala Ketil pada jam 9 pagi tadi.

"Saya sampai di Kuin dari Kuala Lumpur Jam 9 pagi tadi. Sekarang ini semuanya dah dalam dewan. Sekarang saya diminta tunggu untuk masuk ke dalam dewan. Harap -harap dapat masuk untuk terima anugerah hari ini,"katanya kepada pemberita ketika ditemui, di sini hari ini.
Dia kemudiannya bergegas lari masuk ke dalam dewan selepas dipanggil pihak protokol konvokesyen.

Sementara itu, mengulas mengenai insiden tersebut, Pengarah Komunikasi Korporat dan Hubungan Antarabangsa, Hamlan Din berkata, perarakan graduan ke dalam dewan dijadualkan pada jam 8 pagi.

"Nasib baik Tunku Sallehuddin belum tiba, jika tidak akan merencatkan majlis kerana graduan itu membawa imej Kuin. Graduan perlu lebih disiplin dalam hal ini, perlu ikut garis panduan ditetapkan," katanya.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hVmq4k

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.