Hanya kerana diejek tak pakai pewangi, remaja lelaki tembak mati dua rakan sekelas, 4 cedera
HANYA kerana diejek tidak memakai pewangi, seorang remaja lelaki memembak mati dua rakan sekelasnya dalam kejadian di sekolah swasta Golegio Goyases, tengah Brazil.
Mangsa berusia 12 dan 13 tahun, menurut pihak polis bandar Goiania itu.
Bagaimanapun, kata pegawai penyiasat polis, suspek remaja yang bertindak ganas itu berusia 14 tahun.
Siasatan awal mendapat, sebelum kejadian tembakan itu berlaku, mangsa dikatakan telah mengejek suspek kerana tidak memakai pewangi.
Suspek adalah anak anggota polis dan telah menggunakan senjata api milik pasukan keselamatan itu.
Kejadian tembakan itu berlaku pada waktu rehat apabila suspek melepaskan tembakan ke arah mangsa yang dikenali sebagai Joao Vitor Gomes dan Joao Pedro Calembo.
Selain itu empat yang lain juga cedera, masing-masing tiga perempuan dan seorang lelaki.
Setakat ini, suspek masih dalam tahanan polis.
Sumber: Mstar
Sumber Hanya kerana diejek tak pakai pewangi, remaja lelaki tembak mati dua rakan sekelas, 4 cedera
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zsbbHJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment