Harga Minyak Jatuh, Pelabur Fokus Pada Laporan Inventori US Minggu Ini
Harga minyak naik turun pada hari Selasa berikutan para pelabur memberi tumpuan kepada laporan mingguan inventori minyak mentah dan hasil sulingan.
Laporan mingguan tersebut dijangka akan dikeluarkan oleh American Petroleum Institute (API) pada Rabu pagi.
Manakala laporan rasmi inventori minyak mentah oleh Energy Information Administration (EIA) juga akan dikeluarkan pada hari yang sama pada sebelah malam. Penganalisis menjangkakan inventori minyak akan berkurangan 2.5 juta tong, kejatuhan 5 minggu berturut-turut.
Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) berkurangan sebanyak 0.31 sen atau 0.60% kepada $51.59 berbanding pada sesi pagi yang mencatat pada harga $51.95 setakat jam 5.03 petang.
Harga minyak Brent bagi bulan Disember berkurangan sebanyak 0.28 sen atau 0.49% kepada $57.09 setakat jam 5.07 petang selepas stabil pada sesi pagi.
Harga minyak meningkat sedikit pada hari Isnin berikutan ketegangan di Iraq dan pengurangan akitiviti penggalian minyak U.S.
Selain itu, pasaran juga menjangkakan harga minyak akan terus meningkat berikutan pengeluaran utama minyak global akan melanjutkan perjanjian pengurangan pengeluaran melebihi tarikh yang ditetapkan.
Perjanjian asal antara OPEC dan 10 negara bukan OPEC ialah untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 1.8 juta tong setiap hari selama 6 bulan. Perjanjian tersebut dilanjutkaan dan akan tamat pada Mac 2018 bagi mengurangkan inventori minyak global dan menyokong peningkatan harga.
The post Harga Minyak Jatuh, Pelabur Fokus Pada Laporan Inventori US Minggu Ini appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2h4zrsN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment