Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jubli Emas Ke-50, Putera Mateen Segak Dengan Persalinan Diraja - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jubli Emas Ke-50, Putera Mateen Segak Dengan Persalinan Diraja

Semalam, seluruh rakyat Brunei meraikan ulang tahun ke-50 bertakhta Sultan Hassanal Bolkiah dengan sambutan yang cukup meriah dan diadakan secara besar-besaran.  Disertai 21 das tembakan dan upacara di istana baginda yang berhias emas.

Peristiwa sejarah itu turut memaparkan buat julung kali potret permaisuri dipasang bersebelahan dengan Sultan Brunei di semua pintu gerbang termasuk di jalan raya berbanding sebelum ini hanya baginda seorang ditampilkan.

Majlis sambutan dibanjiri 80,000 rakyat yang turut serta memeriahkan sambutan yang gilang gemilang.

Menerusi satu entri di akaun Instagram @bruneiroyalfamily, dilihat ada memuatnaik beberapa gambar menunjukkan sekitar perarakan khas bersempena sambutan itu.

Yang pasti kelibat anak Raja Brunei, Putera Abdul Mateen Sultan Bolkiah telah  memaku perhatian ramai.

Putera Mateen kelihatan kacak menyarungkan persalinan diraja rona kuning emas.
Sultan Brunei, 71, merupakan raja kedua paling lama memerintah, menaiki takhta di negara kesultanan di pulau Borneo tersebut pada bulan Oktober 1967.

Sepanjang lima dekad pemerintahan, baginda bertahta dalam pemerintahan monarki mutlak yang jarang wujud di dunia.

Turut hadir, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak, Presiden Indonesia Joko Widodo, pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi, dan Presiden Filipina Rodrigo Duterte.



Sumber Jubli Emas Ke-50, Putera Mateen Segak Dengan Persalinan Diraja

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xmEgYx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.