Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kebakaran Mid Valley: Karl Shafek kongsi detik panik, bunyi siren disangka 'fire drill' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kebakaran Mid Valley: Karl Shafek kongsi detik panik, bunyi siren disangka 'fire drill'

PELAKON dan pengacara Karl Shafek terkejut dan panik apabila terperangkap di dalam pusat beli-belah Mid Valley ketika kebakaran berlaku malam tadi.

Kata Karl, 37, dia bersama temannya tidak menyangka siren kecemasan yang dibunyikan tanpa henti sekitar pukul 7 petang semalam adalah amaran untuk mengosongkan bangunan.

"Ingatkan fire drill, tetapi pelik pula kalau pengurusan buat fire drill ketika hujung minggu dan ramai pengunjung.

"Siren itu dibunyikan agak lama dan saya lihat semua premis menutup kedai tergesa-gesa dan meminta pengunjung untuk keluar dari bangunan.

"Malah, pengumuman juga dibuat dalam keadaan panik.

"Lantas, saya menyegerakan urusan di sebuah butik pakaian di tingkat lima Mid Valley ketika itu dan berlari keluar daripada bangunan. Semua orang tergesa-gesa bertempiaran mencari jalan keluar ketika itu.

"Saya sendiri pun blur tiba-tiba. Mungkin sebab tak pernah lalui situasi sebegini.

"Dalam kepala saya hanya mahu keluar daripada bangunan kerana risau kebakaran menjadi lebih buruk. Memang takut dan panik!" katanya ketika dihubungi Astro Gempak.

Karl bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan keluar dari pintu tengah dan keluar dari premis itu sebelum anggota bomba tiba pada pukul 7.30 petang.

Selepas lima bulan, pusat beli-belah Mid Valley sekali lagi digemparkan dengan kebakaran kecil yang berlaku di sebuah kedai serbaneka aras LG petang semalam.

Bagaimanapun, punca kejadian masih dikenal pasti.


Teks oleh: Amri Hassan
Foto & Video: Karl Shafek

Sumber Kebakaran Mid Valley: Karl Shafek kongsi detik panik, bunyi siren disangka 'fire drill'

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xqjSWE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.