Hi! Welcome Back and Stay Tune! KEJUTAN TERBESAR FASTAQIM 2.0 IALAH… - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KEJUTAN TERBESAR FASTAQIM 2.0 IALAH…

Seumpama kilat yang kadang-kadang menyambar tanpa diiringi guruh, atau mendung tak membawa hujan, begitu juga Fastaqim 2.0 yang menutup tirainya sebentar tadi.

Diuar-uarkan sebagai membawa kejutan oleh Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan baru-baru ini, tiada perkembangan yang benar-benar signifikan dapat diambil daripada program dua hari itu.

Dan teka-teki mengenai siapa “tokoh nasional” yang bakal menyertai PAS nampaknya kekal menjadi rahsia parti itu sekurang-kurangnya setakat ini.

Sehingga majlis berakhir dengan ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang Pantai Tok Jembal di Kuala Nerus ‘kempunan’ menjadi saksi pengumuman penting yang ditunggu-tunggu ramai itu.

Yang kekal ada adalah ucapan-ucapan bersemangat serta laungan takbir penyokong PAS. Juga keyakinan mereka untuk kekal berpengaruh dalam arus perdana politik negara.

Sebelum ini ada khabar dibawa angin sepoi-sepoi bahasa bahawa beberapa tokoh terkemuka akan mengumumkan penyertaan mereka ke dalam PAS.

Mungkin salah faham

Namun sehingga semuanya berakhir apa yang dapat dilihat cuma sebaris individu yang tampil untuk menyatakan sokongan mereka kepada PAS.

Antaranya bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid kemudian menyatakan beliau tidak bercadang menyertai mana-mana parti ketika statusnya masih sebagai wakil rakyat bebas, sama ada di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri Selangor.

Di tengah kehangatan ceramah tadi juga Nasrudin sempat mengumumkan kehadiran dua bekas pegawai kanan kerajaan.

Mereka ialah bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Zakaria Jaffar (gambar), dan bekas pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Abdul Rahim Che Daud.

Ditemui Malaysiakini kemudian, Zakaria berkata beliau hadir untuk menyatakan sokongan kepada usaha PAS memperjuangkan isu rasuah.

“Saya bukannya masuk politik. Mungkin ada salah faham di sini.

“Saya boleh bekerjasama dengan semua pihak yang mempunyai komitmen untuk membanteras rasuah. Saya tidak menyertai PAS,” tegasnya yang berpengalaman selama 30 tahun bersama SPRM.

Zakaria kini menjadi pengerusi Yayasan Antirasuah Malaysia.

Demikianlah berakhirnya Fastaqim 2.0. Manusia merancang, Tuhan menentukan dan kita menyaksikan.

Sebelum ini PAS mengadakan Fastaqim siri pertama di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu pada 17 Okt 2015.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kdXaLl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.