Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kepten Rohana Jupri, Kepten wanita pertama dalam sejarah 83 tahun TLDM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kepten Rohana Jupri, Kepten wanita pertama dalam sejarah 83 tahun TLDM

Kepten Rohana Jupri, Kepten wanita pertama dalam sejarah 83 tahun TLDM

Kepten Rohana Jupri, Kepten wanita pertama dalam sejarah 83 tahun TLDM

Pada 33 tahun lalu, Kepten Rohana Jupri menyertai Angkatan Tentera Laut Diraja (TLDM), kini beliau menjadi kapten wanita pertama dalam sejarah.

Beliau yang tidak menyangka akan menjadi anggota wanita yang sentiasa mendapat peluang kenaikan pangkat.

Ibu kepada empat anak ini telah menjadi wanita pertama dalam sejarah 83 tahun tentera laut yang dilantik menjadi kapten wanita.

“Ini saat yang paling membanggakan buat saya dan memang ia satu pengiktirafan yang tinggi daripada pihak atasan. Saya sangat bersyukur dengan pengiktirafan ini,” katanya selepas majlis Majlis Pemakaian Pangkat di KD Sri Gombak, Khamis.

Kepten Rohana, 54, sebelum ini merupakan pegawai komando wanita pertama di Sepot Bekalan Armada di Lumut, Perak, di mana beliau mengawasi makanan, bahan bakar dan keperluan angkatan laut yang lain.

“Ia satu tugas yang mencabar kerana anda berurusan dengan keperluan manusia dan kapal.

“Sebarang salah perhitungan dalam catuan boleh menjejaskan misi,” katanya.

Jelasnya, kemahiran dalam menangani masalah di rumahnya membantunya mengatasi cabaran tersebut.

Beliau menghabiskan masa selama empat jam berulang alik dari tempat tinggalnya di Tanjung Karang ke pangkalan setiap minggu dan meninggalkan suaminya Anuar Yahya, 57, dan anak-anak berusia antara 16 dan 21 di rumah demi menjalankan tugasnya.

“Perjalanan ini agak memenatkan tetapi disebabkan tuntutan kerja saya lakukan juga.

“Saya sentiasa berharap dapat bersama keluarga pada setiap hujung minggu,” tambahnya.

Beliau turut menyatakan bahawa kenaikan pangkatnya kerana mendapat sokongan suaminya selain Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin yang mengiktiraf kemahiran dirinya.

“Saya rasa tak kira lelaki dan wanita, mereka boleh mencapai sebarang kejayaan jika kita meletakkan azam dan kesungguhan.

 

 

 

Via: SK



Sumber Kepten Rohana Jupri, Kepten wanita pertama dalam sejarah 83 tahun TLDM

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zrlQTd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.