Hi! Welcome Back and Stay Tune! Minta Anak Lelaki Sempena Ulangtahun Kahwin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Minta Anak Lelaki Sempena Ulangtahun Kahwin

Baru sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan yang keenam, pasangan Nabil Ahmad dan isteri, Zira Ayub nampak begitu bahagia sekali dengan kehadiran dua cahaya mata perempuan. Tetapi sambutan kali ini, selain ucapan manis buat suami, Zira sempat mengusik Nabil dengan meminta seorang cahaya mata lelaki pula selepas ini.

BACA: “Ramai Artis Cepat Terasa, Ingat Diri Bagus”

Menerusi akaun Instagram, Zira telah memuat naik sekeping gambar dirinya mengucup mesra suaminya sambil mengungkapkan kata-kata penghargaan buat Nabil sepanjang mereka berkahwin. Sebagai isteri, pastinya bukan wang ringgit yang dipandang tetapi kebahagiaan dan kesejahteraan keluarga.

Namun sedikit berbeza apabila kali ini nampaknya Zira teringin menimang bayi lelaki pula. Rata-rata perkongsian yang dimuat naik Zira mendapat ucapan tahniah daripada peminat diatas ulangtahun perkahwinan mereka. Selain itu, peminat juga turut mendoakan hasrat pasangan ini dimakbulkan.

Apalagi, Nabil, isteri pun sudah memberi bayangan inginkan cahaya mata lagi. Harapnya doa Nabil dan isteri dimakbulkan dan dikurniakan cahaya mata lelaki yang diingini. Apapun selamat ulangtahun perkahwinan buat mereka juga, semoga perkahwinan yang dibina terus utuh dan bahagia buat selamanya. (rtky/w)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g0cxCm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.