Nahas Enam Maut, Anak Jutawan Ditahan
Anak perempuan jutawan Ukraine, Alyona Zaitseva, 20, ditahan selepas kemalangan apabila dia melanggar lampu isyarat merah menyebabkan enam terbunuh di Kharkiv, Ukraine, hari ini.
Anak kepada jutawan Vasily Zaitsev itu tidak cedera dalam kemalangan berkenaan walaupun kereta Lexus dipandunya terbalik selepas melanggar sebuah kereta Volkswagen Touareg sebelum melungsur merempuh orang ramai di tepi jalan raya.
Media Eropah, termasuk Daily Mail melaporkan, gadis itu kemudian serta-merta dilindungi pengawal peribadinya yang tiba dengan dua jeep bagi mengelak diserang orang ramai.
Mayat mangsa, termasuk perempuan berusia 15 tahun, dilihat bergelimpangan di atas jalan raya.
Antara yang cedera parah ialah wanita hamil tujuh bulan yang keadaannya dilaporkan amat kritikal di hospital.
Tiga korban yang sudah dikenal pasti ialah Elena Berchenko, 25, Yury Neudachin, 24, dan Oksana Nesterenko, 36.
Alyona yang masih belajar ditahan selama tiga hari dan menurut polis, siasatan awal mendapati dia tidak mengambil minuman keras sebelum kemalangan.
Menurut media Ukraine, jika didapati bersalah, Alyona boleh dipenjara sehingga 10 tahun.-myMetro
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x8bCXb
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment