Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemandu Bentley tak jadi nak marah walau kereta calar disagat penjual sayur - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemandu Bentley tak jadi nak marah walau kereta calar disagat penjual sayur

Tercalar Bentley, Penjual Sayur Ganti Dengan Daun Bawang

Seorang penjual sayur di wilayah Shandong, China yang menunggang motosikal roda tiga pada mulanya mungkin menyangka sedang mengalami hari paling malang dalam hidupnya.

Kisah bermula apabila lelaki tersebut membawa kenderaan kecil itu melalui sebuah jalan yang sempit di bandar raya Jinan sebelum tiba-tiba berselisih bahagian pintu dan mencalarkan sebuah kereta mewah import Bentley.

Menurut portal berita tempatan Shanghaiist, si pemilik kereta berwarna hitam buatan Britain itu segera turun dari kenderaannya tersebut sebelum terkejut apabila mendapati bahagian badannya habis rosak seperti kena sagat.

Beliau dilaporkan berkongsi insiden tersebut menerusi aplikasi perbualan WeChat dan dipercayai mahu meluahkan kemarahannya yang sudah meluap-luap itu terus kepada si penjual sayuran miskin berkenaan.

Bagaimanapun hasrat tersebut tidak dilaksanakan sebaik sahaja beliau mendapati lelaki yang menunggang motosikal buruk itu sebenarnya merupakan seorang berusia tua malahan cacat pula anggota fizikal.

Hasilnya si pemilik Bentley berkenaan tidak jadi untuk meminta pampasan atau apa-apa ganti rugi pun atas kerosakan yang terjadi pada keretanya tetapi hanya mengingatkan si penjual itu agar lebih berhati-hati.

Tentunya si peniaga sayur tersebut yang pada mulanya agak cemas kemudian berubah kepada gembira dengan nilai balasan kebaikan tidak dijangka oleh pemilik kenderaan mahal itu.

Sebagai penghargaan, penjual sayur berkenaan dilaporkan ingin memberi sesuatu kepada pemilik kereta itu. Namun si pemilik Bentley tersebut terus menolak dan kembali ke dalam kenderaannya.

Bagaimanapun di luar dugaan, warga emas tersebut juga tidak mahu kalah dan terus menghadiahkan sebungkus dalam plastik yang berisi daun bawang ke dalam tingkap kereta yang terbuka sebelum berlalu pergi.

Pemilik kenderaan berkenaan dikatakan hanya mampu tergamam melihat aksi spontan lucu si penjual sayur tersebut yang seumpama sebuah drama televisyen.

Sumber: Mynewshub.cc

 



Sumber Pemandu Bentley tak jadi nak marah walau kereta calar disagat penjual sayur

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g09SsD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.