Perarakan Town & Gown UTHM Meriah
BATU PAHAT: Kira-kira 5,000 penduduk hadir di pusat bandar daerah ini malam ini bagi menyaksikan perarakan unik 'Town and Gown'.
Perarakan kali kesembilan itu adalah acara tahunan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi menguar-uarkan majlis Konvokesyen Ke-17 universiti itu pada 14 sehingga 16 Oktober depan.
Sebanyak 26 kontinjen membabitkan 1,000 peserta termasuk mahasiswa, kakitangan UTHM serta kumpulan pancaragam Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim (TIGS) yang berarak sejauh satu kilometer dari Jalan Rahmat ke Dataran Penggaram, dekat sini, sambil mendapat tepukan dan sorakan orang ramai.
Perarakan bermula jam 8.30 malam itu yang dijadikan produk pelancongan unik dan turut dimasukkan dalam kalendar pelancongan daerah ini juga bertujuan mengeratkan hubungan antara warga universiti dan masyarakat setempat.
Perarakan konvokesyen bertema 'Communiversity Celebration' itu adalah amalan turun temurun universiti ternama luar negara termasuk di Amerika Syarikat seperti Universiti Princeton, Universiti Charles Stuart, Universiti Michigan Ann Arbor serta Universti St Andrews (Scotland) dan UTHM adalah antara universiti pertama negara yang menganjurkannya.
Sambutan turut diteruskan di Dataran Penggaram dengan konsert khas menampilkan artis baharu, Fara Hezel yang popular dengan lagu Setiaku Pasti selain persembahan kebudayaan dan diakhiri dengan pertunjukan bunga api.
Hadir menyaksikan perarakan berkenaan adalah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Datuk Dr Mohd Khairi Yakub dan Naib Canselor UTHM, Prof Dr Wahid Razzaly.
Pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan perarakan konvokesyen berkenaan yang sudah bermula sejak semalam termasuk larian amal 'Charity Fun Run' dengan kerjasama Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor yang berjaya mengutip sumbangan derma sebanyak RM14,500 bagi mengisi tabung yayasan berkenaan yang disumbangkan orang ramai.
Sumber Perarakan Town & Gown UTHM Meriah
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xZorXB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment