Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis klasifikasikan kematian 2 anggota TLDM sebagai mati mengejut malah syak si mati terlibat dadah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis klasifikasikan kematian 2 anggota TLDM sebagai mati mengejut malah syak si mati terlibat dadah

Polis setakat ini mengklasifikasikan kematian dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi dekat Sitiawan di sini, pada Jumaat sebagai mati mengejut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Gan Tian Kee berkata bedah siasat sedang dijalankan bagi mengetahui punca kematian mereka.

Beliau berkata LK 1 PNK Nik Muhammad  Baihaqy Nik Mat, 28, dan LK I TLS Muhammad Lailatuiman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia semasa ditahan di pusat tahanan itu.

Nik Muhammad Baihaqy ditahan di pusat berkenaan selama 45 hari mulai Rabu lepas (27 Sept) atas kesalahan tidak hadir dalam sesuatu tugas perkhidmatan yang bertentangan dengan Seksyen 58 Angkatan Tentera 1972.

“Si mati juga disyaki terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah dan kes masih dalam siasatan dan menunggu laporan kimia,” katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Beliau berkata LK I TLS Muhammad Lailatuiman pula ditahan pada Khamis lepas (28 Sept) atas kesalahan tidak hadir bertugas tanpa kelulusan cuti.

Menurutnya kedua-dua lelaki itu bukan kawan atau kenalan kerana mereka bertugas di unit berlainan.

Gan berkata jenis latihan yang dijalani mereka adalah orientasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi tahanan yang dirujuk ke pusat  tersebut dan ketika mereka menjalani orientasi itu, keadaan cuaca cerah.

TLDM dalam kenyataannya pada Sabtu menyatakan Nik Muhammad Baihaqy  dan Muhammad Lailatuiman meninggal dunia di bilik tahanan itu ketika menjalani latihan fizikal di kem berkenaan pada Jumaat.

Ketika menjalani latihan itu, kedua-dua anggota berkenaan mengadu kepenatan dan direhatkan sebelum mengalami muntah dan sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik yang tiba pada 3.15 petang. -Bernama

Sumber: Mstar



Sumber Polis klasifikasikan kematian 2 anggota TLDM sebagai mati mengejut malah syak si mati terlibat dadah

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kbJlNp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.