Hi! Welcome Back and Stay Tune! PPIM Tidak Gentar Ugutan Sindiket 9 Dragons - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PPIM Tidak Gentar Ugutan Sindiket 9 Dragons

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak gentar dengan ancaman dan ugutan diterima daripada sindiket perjudian yang berasa tergugat dengan pendedahan dibuat oleh pihak itu.

Menurut ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan, pihak PPIM sudah lali dengan segala ancaman yang diterima sejak daripada awal penubuhan badan bukan kerajaan itu hingga ke hari ini.

Menurut beliau lagi, PPIM sama sekali tidak akan berganjak dalam usaha membanteras sindiket haram di negara ini dan bersedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan yang bakal berlaku.

“Telinga kita pun ada di mana-mana. Jadi baru-baru ini, sindiket ini telah berjumpa dan marah sangat pada PPIM, jadi dia nak ‘ajar’ kita, pasal isu Ah long pun kita campur tangan dan isu berkaitan sindiket ini, jadi mereka tidak senang.

“Ancaman ini dari dulu lagi, ada nak hantar peluru lah, macam-macam lagi, segala ancaman itu sudah biasa. Itu mesej yang dihantar.

“Kita dah ada 20 tahun, takda kita nak lari pun dan kita buat ini untuk keselamatan pengguna,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PPIM, semalam.

Dalam pada itu, Nadzim turut menyeru agar semua pihak bersama-sama dan bersatu memainkan peranan masing-masing bagi melenyapkan aktiviti haram berkenaan.

“Kita yakin jika kita bersama menekan sindiket ini,terutama rakan-rakan media dan semua pihak sama ada agensi, rakyat ambil kesempatan ini bersama-sama pihak berkuasa, kita lenyapkan premis perjudian yang begitu banyak merobek masyarakat kita jadi ketagih berjudi,” katanya.

Disoal mengenai pendedahan terbaharu berkaitan dengan 9 Dragons, Nadzim berkata, sindiket itu telah mengadakan perjumpaan ekoran rasa kurang senang dengan campur tangan PPIM dalam urusan mereka.

“Saya dimaklumkan mesyuarat ini diadakan di Selangor dan Kuala Lumpur, yang dihadiri lima atau enam ketua kumpulan yang mengetuai sindiket berkenaan.

“Mereka adakan mesyuarat kerana rasakan periuk nasi terganggu dengan campur tangan PPIM terhadap bisnes mereka,” katanya dipetik portal Sinar Online.

Sementara itu, beliau turut mengaku pihak polis ada menghubunginya bagi mendapatkan keterangan berhubung pendedahan berkenaan sebelum ini.

“Insya-Allah, saya akan ke Bukit Aman minggu depan untuk memberikan keterangan,” ujarnya.

Terdahulu, Nadzim mendakwa aktiviti perjudian haram di Malaysia dikawal oleh sembilan orang individu yang dikenali sebagai ‘9 Dragons‘.

Beliau turut mendakwa sistem itu telah lama digunakan oleh kumpulan tersebut sehingga ada yang berada dalam agensi penguat kuasa ‘dibeli’ untuk melicinkan kerja kotor tersebut.  – MYNEWSHUB.CC/AM

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zqJLlG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.