Hi! Welcome Back and Stay Tune! PRU14: PAS PAHANG MAHU BERTANDING DI KAWASAN DAP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PRU14: PAS PAHANG MAHU BERTANDING DI KAWASAN DAP

PAS Pahang akan bertanding sekurang-kurangnya di empat kawasan dewan undangan negeri (DUN) yang disandang oleh DAP di negeri itu pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, bersandarkan keyakinan bekas sekutunya tersebut tidak mampu mempertahankan kerusi berkenaan.

Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Abdul Jabar berkata ini kerana PAS Pahang melihat kemenangan DAP di kawasan berkenaan adalah atas sokongan pengundi PAS.

“Apabila berlakunya perpecahan dalam pakatan pembangkang, kita yakin DAP hanya mampu mempertahankan paling banyak tiga kerusi (daripada tujuh yang disandang) pada PRU nanti.

“Yang lain kita jangka hilang sebab kawasan-kawasan itu mereka menang dengan majoriti kecil bawah 100 undi dan antara 1,000 dan 2,000 undi yang kita yakin datang daripada pengundi PAS,” katanya dalam sidang media mengenai tawaran PAS Pahang pada PRU-14, di Kuantan hari ini.

Rosli berkata empat kerusi terbabit antara sekurang-kurangnya 35 kerusi DUN Pahang yang diintai PAS pada PRU-14 nanti.

Katanya PAS Pahang yakin dapat memenangi 21 daripada kerusi berkenaan.

Dalam PRU-13, DAP menang tujuh daripada 42 kerusi DUN Pahang iaitu Tanah Rata, Tras, Mentakab, Bilut, Ketari, Sabai, dan Triang sementara PAS pula memenangi tiga kawasan iaitu Tanjung Lumpur, Beserah dan Kuala Semantan.

– Bernama

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y6DkXc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.