Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rakyat Selangor mahu MB seperti Azmin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rakyat Selangor mahu MB seperti Azmin

SHAH ALAM – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali merupakan Menteri Besar yang dimahukan oleh majoriti rakyat Selangor. Itu kata Pengerusi Hisbah Centre for Reform (Hisbah), Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor.

Menurutnya, beliau berkata demikian kerana melihat Azmin telah berjaya membawa Selangor menjadi salah sebuah negeri gemilang dan luar biasa.

 
Rakyat Selangor mahu MB seperti Azmin

Rakyat Selangor mahu MB seperti Azmin

“Hari ini rakyat Selangor percaya mereka mendapat seorang MB yang setanding dengan nama besar negeri ini.Datuk Seri Azmin hari ini dilihat sebagai seorang MB yang mampu membawa sebuah negeri luar biasa seperti Selangor ini terus gemilang.

 
 

“Baik penjawat awamnya juga pengusaha swasta di Selangor hari ini dengan rasa bangga berkongsi pengalaman melaksanakan dan menikmati polisi dan dasar-dasar kerajaan negeri hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Ezam mengulas berhubung kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar yang menyatakan bahawa kehadiran semula bekas Menteri Besar Selangor iaitu, Tan Sri Muhamad Muhamad Taib, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Dr Mohd Khir Toyo ke dalam Umno akan menguatkan parti itu, dalam usaha merampas semula Selangor.

Selain rakyat, beliau berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah beberapa bertitah di dalam majlis rasmi yang dihadirinya, mengenai prestasi kerajaan yang dipimpin Azmin.

“Rakyat Selangor tahu Sultan mereka bukan calang-calang Sultan.Baginda amat fokus dan serius dengan setiap perkara membabitkan kepentingan negeri dan rakyat baginda. Setiap titah baginda dijunjung tinggi,” tegasnya.

Jelasnya, kisah tiga Menteri Besar Selangor terdahulu merupakan kisah lama yang hanya menjadi bualan masyarakat, namun majoriti orang Selangor mahukan cerita baharu serta terkini mengenai negeri itu.

Justeru itu, beliau meminta trio bekas menteri besar supaya meletakkan kepentingan rakyat Selangor dahulu berbanding kepentingan politik mereka.

 
Sumber: Sinar

 



Sumber Rakyat Selangor mahu MB seperti Azmin

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xRbf6l

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.