Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saya tak tiru Faizal Tahir - Amir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saya tak tiru Faizal Tahir - Amir

KUALA LUMPUR: Menjadikan penyanyi, Faizal Tahir, sebagai idola dalam bidang nyanyian, Amir Masdi, 21, menafikan beliau terlalu terikut-ikut cara persembahan penyanyi lelaki itu.

Juara program Akademi Fantasia (AF) 2016 itu bagaimanapun berkata, beliau masih tercari-cari identiti tersendiri untuk bertapak dalam industri seni, selain mencuba sebaik mungkin untuk mengikis imej keanak-akan yang dimilikinya.

"Jujur saya akui memang meminati Faizal Tahir, tetapi tidaklah sehingga ingin meniru beliau sepenuhnya apabila berada di pentas nyanyian. Malah, saya cuba untuk menyanyi dengan cara saya tersendiri dan tidak mengikut mana-mana artis sedia ada.

"Mungkin secara kebetulan saja apabila ada yang berasakan wujudnya persamaan itu kerana saya sebaik mungkin cuba mempersembahkan lagu yang diberikan dengan cara tersendiri. Saya masih baharu dan tercari-cari haluan dalam bidang seni.

"Masih banyak yang perlu saya pelajari sebenarnya. Pada masa sama, semestinya saya kecewa kerana gagal layak ke peringkat akhir AF Megastar," katanya kepada BH Online.

Minggu lalu, selain dirinya, turut terkandas pada peringkat separuh akhir ialah Amir Jahari.

Mendendangkan lagu Kullul Hubbi (nyanyian asal Mu'adz Dzulkefly, Noh Salleh, Faizal Tahir dan Aizat Amdan) dan Dirgahayu (Datuk Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir), Amir gagal menambat hati juri dan pengundi.

Berkongsi mengenai perkembangan terkini, Amir merancang untuk mengeluarkan single kedua, penghujung tahun ini.



Sumber Saya tak tiru Faizal Tahir - Amir

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gkEXGZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.