Hi! Welcome Back and Stay Tune! Susah sangatkah nak tangkap manusia ini? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Susah sangatkah nak tangkap manusia ini?

* Dengan kecekapan pihak polis dan risik Malaysia, rasanya antara benar nak tangkap atau pun tidak saja.....

Layan juga hikayat pelik bin anih ini di sini

Kapal layar Jho Low berlabuh di Aceh
mk   -   23 Oct 2017, 6:05 pm
Ketika kerajaan menghubungi bantuan daripada Interpol bagi mengesan ahli perniagaan kontroversi, Jho Low, kapal layar ahli perniagaan dilaporkan berlabuh hampir dengan negara.

Mengikut laman web maritim MarineTraffic, Equanimity berlabuh di Sabang, sebuah bandar di Pulau Weh, di Aceh Utara, pada kira-kira jam 9 pagi waktu Malaysia.

Pulau Weh adalah destinasi menyelam terkenal, tetapi bukan tempat peranginan mewah seperti sering dikaitkan dengan Low.

Menurut MarineTraffic, kapal layar itu kemudiannya meninggalkan Sabang sekitar jam 4 petang waktu tempatan.
Meskipun kedudukan terakhir Equanimity tidak dapat dikesan, Malaysiakini pada Jun lalu melaporkan bahawa kedudukan kapal layar itu pernah berada di pantai Koh Rong, sebuah pulau peranginan di Kemboja.

Equanimity juga sedang dikesan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (DOJ) yang mempercayai bahawa kapal layar itu adalah sebahagian daripada aset berkaitan 1MDB yang membabitkan pengubahan wang haram.

Menurut pemfailan DOJ di mahkamah, kapal layar itu dibina dan diselenggara dengan dana bernilai AS$250 juta (RM1.06 bilion) yang berasal dari 1MDB.

Secara keseluruhannya, DOJ cuba merampas lebih AS$1 bilion aset. Walau bagaimanapun, proses penyitaan aset ditangguhkan bagi membolehkan siasatan jenayah dijalankan.

Equanimity adalah satu-satunya jenis kapal layar yang ditempah khas dan mempunyai sauna, bilik urut, dan kolam terjun, serta ruang tamu yang besar.

Terdapat beberapa laporan berita yang mendakwa bahawa kapal layar itu pernah digunakan sebagai menganjurkan beberapa parti dan pesta yang dihadiri termasuk oleh bintang Hollywood, seperti Leonardo DiCaprio.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yEKVNS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.