Hi! Welcome Back and Stay Tune! Susulan 4 Beranak Maut, Ini Pendedahan Jiran Mangsa Sebelum Kejadian.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Susulan 4 Beranak Maut, Ini Pendedahan Jiran Mangsa Sebelum Kejadian..

Susulan 4 Beranak Maut, Ini Pendedahan Jiran Mangsa Sebelum Kejadian.. - JOHOR BAHRU - Jiran pasangan suami isteri dan dua anak yang ditemui mati di dalam rumah mereka di Jalan Utama 41, Rini Residence, Mutiara Rini, di sini, hari ini, menyifatkan suami berkenaan muram sejak dua bulan lepas.

Susulan 4 Beranak Maut, Ini Pendedahan Jiran Mangsa Sebelum Kejadian..

Susulan 4 Beranak Maut, Ini Pendedahan Jiran Mangsa Sebelum Kejadian..


C. Kumar, 46, seorang juruteknik di Singapura berkata, R. Pubalan dilihat pendiam dan mereka juga tidak bertegur sapa sejak dua bulan  lepas.

”Mereka tinggal di sini sejak Disember lepas manakala isterinya difahamkan sudah empat tahun terlantar sakit dan menjalani rawatan hemodialisis," katanya yang ditemui di tempat kejadian.

Kumar, yang tinggal bersebelahan rumah keluarga itu sejak Mac lepas,  berkata beliau terkejut mendengar berita kematian mereka sekeluarga kerana mereka menjalani rutin harian seperti biasa.

"Saya ada nampak Pubalan keluar membeli sarapan pada 9 pagi  tadi dan anaknya juga bermain bola di luar rumah.

"Saya dan isteri kemudian keluar membeli barang dan pulang ke rumah pada  sekitar 1.30 tengah hari lalu terkejut apabila menyedari orang mula ramai di perkarangan rumah kerana menemui mayat mereka," katanya yang mempunyai lima orang anak.

[ARTIKEL BERKAITAN: Empat beranak ditemui mati dalam rumah]

Kumar berkata beliau bersedih atas kejadian itu kerana kedua-dua anak jirannya itu sering datang ke rumah bermain dengan anak-anaknya.

Dalam kejadian hari ini, Pubalan, 52,  ditemui mati tergantung dalam sebuah bilik di tingkat atas rumahnya manakala anak lelakinya P. Sharveen, 14 dan anak perempuan P.Krishna, 9, ditemui mati dengan kesan jerutan di leher dalam sebuah bilik lain.

Isterinya P.Jeya, 46, yang menjalani hemodialisis pula ditemui di atas katil berhampiran berhampiran ruang tamu rumah berkenaan, namuntiada sebarang kesan ditemui pada tubuh.

Polis menerima laporan kejadian pada 2.30 petang dan menyiasat kes itu sebagai bunuh serta mati mengejut.  – Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ The Viral News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ywoSco

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.