Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tidak benar Masjid Kristal terabai, MB kecewa media - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tidak benar Masjid Kristal terabai, MB kecewa media

Masjid Kristal di Kuala Terengganu antara lokasi menarik yang sering dikunjungi pelancong. ― Foto ihsan Facebook/Fash Rom Masjid Kristal di Kuala Terengganu antara lokasi menarik yang sering dikunjungi pelancong. ― Foto ihsan Facebook/Fash Rom KUALA TERENGGANU, 7 Okt ― Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyifatkan laporan sebuah akhbar mengenai Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam, yang dikatakan tidak dibaik pulih dan terbiar, sebagai tuduhan yang dibuat tanpa usul periksa.

“Tuduhan sembarangan hingga mengabaikan maklumat sebenar,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Ahmad Razif berkata beliau bukan sahaja kecewa dengan laporan terbabit, malah tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan saman fitnah demi menjaga nama baik kerajaan negeri.

Katanya, akhbar terbabit telah diberitahu mengenai kesungguhan kerajaan negeri membaik pulih Masjid Kristal, namun beliau kesal kerana akhbar itu menyiarkan laporan yang tidak berasas hingga menimbulkan pelbagai spekulasi yang memberi impak kepada usaha Visit Beautiful Terengganu 2017.

“Adanya berita tidak benar ini menimbulkan dakwaan seolah-olah menunjukkan kerajaan negeri bersikap ‘lepas tangan’ terhadap Masjid Kristal sedangkan hakikatnya proses pembaikan sedang berlaku di masjid itu.

“Masjid Kristal sebagai sebuah ikon dan produk pelancongan terkenal Terengganu, kerajaan negeri sentiasa memastikan penambahbaikan terhadap lokasi itu namun ia tidak berlaku ‘sekelip mata’ sebaliknya proses pembaikan itu sudah pasti mengambil sedikit masa,” katanya.

Menurutnya, beliau dan beberapa pegawai terlibat termasuk daripada Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) telah melakukan lawatan bagi melihat kerosakan di Masjid Kristal pada 11 Ogos lepas dan hasilnya, kerajaan negeri bersetuju menyalurkan peruntukan sebanyak RM305,000 kepada Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) untuk menggantikan 28 keping cermin yang pecah.

“Pihak JKR (Jabatan Kerja Raya) diminta menyediakan anggaran untuk melakukan kerja-kerja ‘waterproofing’. UPEN telah menerima anggaran kos daripada JKR kira-kira dua minggu lepas dan telahpun menghantar surat kelulusan sebanyak RM584,000 kepada JKR untuk melakukan kerja-kerja tersebut.

“Sekarang ini ia dalam proses angkat persetujuan untuk lantikan terus memandangkan kerja-kerja tersebut memerlukan kepakaran dan kerja segera... Jadi jumlah keseluruhan peruntukan diluluskan oleh kerajaan negeri untuk membaiki kerosakan Masjid Kristal adalah sebanyak RM889,000,” katanya.

Tambahnya proses pembaikan masjid itu sedang berjalan dan pengeluaran tender untuk pembaikan keseluruhan akan dibuat selepas proses menukar cermin kristal baharu selesai.

Semalam, akhbar terbabit melaporkan kekecewaan pengunjung Masjid Kristal mengenai tahap kebersihan dan kerosakan yang berlaku di masjid itu, serta menyatakan ia kini sepi dan suram. ― Bernama



Sumber Tidak benar Masjid Kristal terabai, MB kecewa media

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gjGmOw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.