Hi! Welcome Back and Stay Tune! UMNO DAN PAS, HANYA STIM SENDIRI - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

UMNO DAN PAS, HANYA STIM SENDIRI

Dua minggu lalu, UMNO gah dengan pengumuman satu sidang media khas yang dihadiri Najib Razak dan semua pimpinan tertinggi parti.
Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi yang sedang melawat Perlis diminta memendekkan lawatan dan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri turut dikerah hadir.
Alih-alih yang diumumkan hanyalah kemasukan Mat Taib ke dalam UMNO.
Betul-betul potong stim punya cerita!!
Cerita Pas lebih kurang sama juga. Empat hari sebelum Himpunan Fastaqim 2.0 di Terengganu, Pas mengumumkan akan berlaku kejutan di mana dua atau tiga tokoh nasional didakwa akan menyertai parti tersebut.
Memetik laporan Harakahdaily, Ketua Penerangan Pas, Nasarudin Hassan dengan wajah tertawa berkata, di malam kemuncak Fasraqim 2.0 pada 30 September ada satu pengisytiharan dua atau tiga tokoh nasional yang sebelum ini berada di luar Pas akan menyertai parti itu.
Akhirnya apa yang terjadi?
Tiada sesiapa pun diumumkan masuk Pas sehinggalah berakhirnya malam kemuncak himpunan Fastaqim 2.0, walaupun seorang lagi bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim turut hadir.
Khalid sebaliknya berkata, beliau tidak berhasrat menyertai mana-mana parti. Dua bekas pegawai tinggi kerajaan yang hadir juga memberitahu tiada hasrat mahu menyertai Pas.
Juga potong stim punya cerita!!

UMNO dan Pas, macam adik-beradik pula jalan ceritanya. Mungkin itulah kejutannya. Sudahnya mereka hanya stim sendiri-sendiri saja.

– shahbudindotcom.blogspot.my

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x5sAJM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.