Hi! Welcome Back and Stay Tune! Video Bengah sebak tengok Afiatul dah tamat sekolah ‘Tingkatan Tujuh’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Video Bengah sebak tengok Afiatul dah tamat sekolah ‘Tingkatan Tujuh’

Video Bengah sebak tengok Afiatul dah tamat sekolah 'Tingkatan Tujuh'

Video Bengah sebak tengok Afiatul dah tamat sekolah ‘Tingkatan Tujuh’

Siapa yang tidak kenal dengan bengah atau dikenali dengan hashtag #AbangYangPenyayang dalam kalangan pengguna media sosial yang merupakan abang kepada Afiatul, seorang remaja yang istimewa yang mengalami sindrom down.

Baru-baru ini, Hammad Zamakhashari Mohd Noor, 30, atau Bengah, telah memuat naik gambar  Afiatul Salsabiila Mohd Noor, 19, yang berjubah biru dan berjalur keemasan pada sabtu lalu, ternyata ia adalah hari graduasi Afiatul.

Tahun ini merupakan tahun terakhir Afiatul bersekolah selepas belajar dalam aliran pendidikan khas di sekolah selama tujuh tahun.

“Penerima sijil graduasi bagi program pendidikan khas integrasi… Afiatul Salsabiila binti Mohd Noor,” pengumuman yang dirakamkan itu menyaksikan seorang pelajar istimewa yang mengalami sindrom down menerima sijil pada Majlis Graduasi Ke-7 di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai di Kuala Lumpur.

Lensa kamera menjadi tumpuan merakamkan saat manis tersebut, tetapi ia tidak menidakkan emosi dalam diri personaliti media sosial itu.

Beliau antara insan yang paling gembira menyaksikan peristiwa bersejarah itu.

“Jujurnya, saya sebagai abang dan antara yang paling rapat dengan Afiatul, rasa sebak bila melihat dia berdiri di pentas pada majlis graduasi.

“Sebak rasa gembira sebab dia dah sampai ke tahap ni, untuk tamat persekolahan. Saya bergurau dan bermanja dengan gelarkan dia sebagai ‘kakak tingkatan tujuh’ sebab umur dia sekarang dah 19 tahun,” katanya.

Apabila ditanya pengikut di laman sosial mengenai apakah hala tuju Afiatul selepas tamat persekolahan, penerima Anugerah Personaliti Media Sosial pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 30 (ABPBH30) ini tidak tersinggung.

“Ramai yang tanya selepas ini Afiatul akan bekerja ke, akan sambung belajar ke? Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tapi apa yang lebih penting hidup perlu diteruskan.

“Ada rezeki daripada Allah yang tertulis untuk dia. Cuma kita yang tak tahu. Tapi Bengah dan keluarga akan terus membimbing dia, insyaAllah,” kata Bengah yang merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik, manakala Afiatul anak bongsu. 



Bengah berkata, dia tidak menghalang minat adiknya untuk menonjolkan bakat secara spontan semasa mereka bersama-sama membuat persembahan video atau promosi produk di laman sosial.

Beliau juga turut berkongsi semangat kepada keluarga lain yang turut mempunyai insan istimewa seperti adiknya.

“Teruskan bersama mereka, jangan putus harapan untuk berusaha meyakinkan mereka supaya hidup seperti biasa, sebagaimana kita yang lain.

“Saya juga manusia biasa, tidak sempurna dan ada juga kekurangan tetapi saya cuba berusaha menjadi abang yang penyayang untuk Afiatul dan contoh yang terbaik buat sesiapa yang merasa terbeban atau malu dengan insan istimewa,” katanya.

Rindu pulak lama SK tak up video Afiatul..jom tengok gelagat dia jumpa kawan dia.

 

Sumber -Mstar

 
Via: SK


Sumber Video Bengah sebak tengok Afiatul dah tamat sekolah ‘Tingkatan Tujuh’

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fXEsGz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.