Hi! Welcome Back and Stay Tune! Video: Dari kucing jalanan, kini Labun jadi kesayangan semua di UIA, siap ada kad matrik sendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Video: Dari kucing jalanan, kini Labun jadi kesayangan semua di UIA, siap ada kad matrik sendiri

Video: Dari kucing jalanan, kini Labun jadi kesayangan semua di UIA, siap ada kad matrik sendiri

Video: Dari kucing jalanan, kini Labun jadi kesayangan semua di UIA, siap ada kad matrik sendiri

Gelagat seekor kucing yang tekun mendengar butir bicara pensyarah yang dirakam di Universiti Islam Antarabangsa ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan pernah menjadi viral setahun yang lalu.

Dalam rakaman tersebut, si comel itu akhirnya tertidur di atas meja walaupun pada awalnya kelihatan seolah-olah berminat dan bersemangat untuk mengikuti kuliah tersebut.

Dan gambar-gambar keletahnya kucing itu yang dimuat naik di twitter pantas menjadi sensasi hingga mendapat liputan sebuah portal gaya hidup terbesar di dunia, Buzzfeed.

 

 

 

 

Bermula dengan status kucing jalanan, kini Labun dijaga dengan cukup baik dan kebajikannya sentiasa diberi perhatian. Bukan setakat dijjaga oleh empat orang pensyarah, malah keperluannya turut diberi perhatian oleh para pelajar dan petugas di bangunan fakulti Kuliyyah of ICT, kediaman Labun selama lima tahun.

“Empat orang mommy inilah yang akan bergilir-gilir membelikan makanan untuk Labun.

“Para pelajar juga ramai yang tidak lokek memberikannya makan dan permainan, malah mereka juga rajin melayan Labun bermain,” kata Prof Dr Norsaremah Salleh,  antara penjaga Labun.

Ujarnya lagi, Labun pada awalnya ditemui berkeliaran di sekitar kawasan berkenaan kira-kira lima tahun lalu.

“Masa tu Labun masih seekor kitten dan sangat manja. Mungkin dibuang ke sini, sebab tak pernah pula terserempak dengan ibunya.

“Kasihan melihat keadaannya, saya ambil keputusan untuk menjaganya. Tapi saya tidak berseorangan kerana turut dibantu rakan-rakan pensyarah yang lain,” ceritanya.

Beliau nyata bersyukur apabila hasrat mereka untuk memberikan yang terbaik untuk Labun disambut baik malah mendapat sokongan dan bantuan daripada anggota fakulti lain termasuklah Dekan.

Yang lebih menariknya, kini Labun turut memilik kad matrik sendiri sebagai pengenalan bahawa Labun adalah haiwan peliharaan fakulti itu.

“Pekerja pembersihan juga banyak membantu. Contoh pada hari cuti umum, mereka akan membantu tengok-tengokkan Labun kerana kampus akan lengang pada waktu itu,” ujarnya.

Kehadiran Labun di fakulti itu bukan sahaja untuk hiburan tetapi juga sebagai satu cara untuk memupuk rasa sayang dan simpati manusia terhadap haiwan.

“Melalui Labun, pelajar akan lebih menghargai haiwan dan dapat belajar nilai-nilai murni serta kasih sayang,” katanya.

Sumber : Astro Awani

 

 

Via: SK

 



Sumber Video: Dari kucing jalanan, kini Labun jadi kesayangan semua di UIA, siap ada kad matrik sendiri

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zFtRVo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.