Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ajak Shiro ‘cabar’ pengarah, penerbit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ajak Shiro ‘cabar’ pengarah, penerbit

PELAWAK dan juga penyampai radio, Ajak Shiro meluahkan hasrat untuk menjayakan watak yang lebih serius,lain daripada yang lain.

Ujar Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak, biarpun kerjayanya bermula sebagai pelawak, namun, dia mengimpikan untuk menjadi lebih versatil dalam karier.

“Saya percaya, pengarah dan penerbit takut nak beri kepercayaan kepada pelawak macam saya untuk membawakan watak yang lebih serius.

“Tapi jauh di sudut hati, saya teringin nak bawa watak serius, contohnya seperti penembak hendap atau pembunuh upahan. Kalau dialog sikit pun tak apa.

“Bagi saya sesekali apa salahnya penerbit atau pengarah cuba. Jangan lagi beri watak komedi kepada pelawak. Kita cuba yang lain pula,” katanya ketika ditemui pada malam gala filem Rempit Sampai Langit di MM Cineplex, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Bercakap mengenai filem arahan Silver terbitan Suhan Movies itu, Ajak berkata, dia memegang watak Kudin, seorang lelaki yang agak malang dalam hidup dan percintaan, namun segalanya berubah selepas dia bertemu seorang saintis dari Arab.

“Penggambaran filem ini dijalankan kira-kira dua tahun lepas dan sebagai orang yang agak baru dalam industri, saya rasa sangat berbesar hati dapat bergandingan dengan Nabila Huda yang memegang watak Comel.

“Jalan cerita ini walaupun komedi, tapi banyak mesej penting sebagai panduan. Saya harap penonton akan beramai-ramai datang ke pawagam menonton filem ini,” ujarnya.

Selain Ajak dan Nabila, filem ini turut dibintangi Tauke Jambu, Reen Rahim, Jay Iswazir dan ramai lagi.

Dalam perkembangan lain, Ajak berkata, dia akan menunaikan umrah bersama keluarganya bermula 14 Disember depan.

Bukan itu sahaja, dia juga sibuk dengan program Petronas Cup Prix dan akan menyertai program Bintang Bersama Bintang yang dijangka bermula tahun depan.

“Disebabkan saya akan menunaikan umrah, jadi saya terpaksa tolak satu projek drama 15 episod dengan Astro.

“Tapi saya tak rasa ralat. Saya percaya itu bukan rezeki saya,” katanya tenang.

The post Ajak Shiro ‘cabar’ pengarah, penerbit appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2A7Ic04

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.